Projek ini diterajui Sarjan Owen Messenger dan diubah suai dengan kerjasama sebuah saluran kereta di media sosial.
Dana projek disediakan Vision Zero South West yang merupakan satu usaha sama keselamatan jalan raya bagi mengurangkan kemalangan jiwa di Devon & Cornwall.
Usaha ini dibuat bagi menunjukkan kepada peminat kereta bagaimana mereka boleh mengubahsuai secara sah di sisi undang-undang.
Penggunaan ekzos Milltek Sport ibarat orang mengantuk disorong bantal kereta satu-satunya ekzos pascaparan (aftermarket) untuk Focus RS Mk3 yang halal digunakan di UK.
Penggunaan ekzos yang tidak sah bermakna berlakunya pelanggaran undang-undang emisi dan risiko gagal pemeriksaan berkala MOT.
Sistem ekzos Milltek Sport terdiri daripada peredam yang diluluskan ECE dengan muncung berusan titanium.
Sistem injap Milltek Sport sepadan dengan injap kawalan ekzos asal dan paip ekzos bersambung dengan penyenyap depan dan belakang dan saluran berinjap kanan dan kiri.
Penyesuai (adaptor link) menyambung sistem ekzos dengan paip turun (downpipe) dari HJS yang mempunyai 200 sel pemangkin dan mematuhi piawaian Euro 6 dan ECE.
Penglibatan Milltek Sport di dalam projek ini melengkapi pembabitan syarikat di dalam Persatuan Pascaparan Automotif Berprestasi (PAAA).
Penglibatan ini juga selari dengan kempen SMART (Pengubahsuaian Selamat dan Penalaan Bertanggungjawab) oleh PAAA.
Matlamat kempen ialah untuk menyatukan dan menumpukan industri penalaan prestasi bagi menghasilkan dan membekalkan produk yang selamat, sah dan sesuai untuk tujuan.
Pada masa yang sama meningkatkan prestasi dan dinamik kenderaan.
Penulis: Muhammad Md Tajudin