10 cara agar transmisi automatik anda panjang umur dan menyelamatkan poket anda!

oleh SALINA JALIL|
Sistem transmisi atau kotak gear atau “gearbox” ialah komponen kedua paling mahal dan paling sibuk selepas enjin. Ia juga sangat kompleks dan mempunyai pelbagai komponen yang sentiasa berpusing dan aktif 'berkerja'.

 

Di Malaysia, kebanyakan kenderaan yang dijual ialah yang menggunakan transmisi automatik. Mungkin kerana harga minyak kita yang masih murah berbanding negara di Eropah di mana harga minyak di sana boleh mencecah sehingga RM7.00 seliter.

 

Kerana itu transmisi manual menjadi pilihan di sana kerana ia menjimatkan penggunaan bahan bakar. Apapun, pilihan di tangan pengguna dan lebih 85 peratus kenderaan persendirian yang dijual di Malaysia ialah kenderaan dengan transmisi automatik.

 

Careta berkongsi pendapat dari beberapa mekanik untuk menyenaraikan cara-cara bagaimana kita boleh menjaga transmisi automatik kereta kita.

 


1.   Pastikan kenderaan dalam keadaan berhenti sepenuhnya sebelum anda mengubah gear dari D ke R (gear undur). Ramai pemandu yang kurang sabar dalam bab ini sebenarnya. 

 

2.  Bila meletakkan kenderaan di jalanraya curam, gunakan handbrake dahulu sebelum masukkan gear ke P. Ini mengurangkan beban pada komponen seperti pin pada posisi P dan penyambungnya. 
Teknologi transmisi boleh berbeza, sentiasa periksa dengan pusat servis.

 

3.   Letakkan transmisi ke N (neutral) bila berhenti lama di lampu merah. Ia mengurangkan beban kepada komponen-komponen berpusing seperti torque converter dan lain-lain. 


 

 

4.  Jangan selalu melanggar tebing jalan (road kerb) bila meletakkan kenderaan anda. Ia juga sedikit sebanyak memberikan beban yang tidak perlu pada sistem transmisi dan juga tayar anda. 

 


5.   Untuk transmisi automatik dengan tukaran gear manual (plus/minus), jangan selalu memaksa gear untuk turun ke nisbah lebih rendah ketika turun bukit atau ketika mahu memperlahankan kenderaan. Ia bukan sahja teknik yang salah, ia bakal merosakan kotak gear automatik anda. Gunakan brek untuk memperlahankan kereta dan selepas itu, turun pada gear yang sesuai. 

 


6.   Selalu periksa tahap pelincir transmisi (ATF atau automatic transmission fluid). Lakukan setiap 5,000 km atau tiga bulan sekali. Tanpa pelincir yang cukup, kotak gear akan rosak dengan sangat mudah. Jika pelincir kurang atau disyaki bocor, jangan pandu kenderaan anda. 

 

 

7.   Haba ialah musuh utama transmisi automatik. Selain dari pelincir ATF yang mencukupi, pastikan sistem itu sesuai dengan cuaca di neagra kita yang panas dan lembab ini. Sekiranya kereta anda jenis reconditioned (recond), periksa samada ia boleh dipasang dengan ATF cooler. Jika boleh dan jika mampu, pasang kerana ia akan membantu anda memanjangkan hayat kotak gear tersebut.

Pastikan juga produk yang dibeli adalah tulen dan dari pengeluar yang mempunyai rekod yang baik dan bukan 'dibancuh' semula!

 


8.   Selalu ganti penapis sistem transmisi anda. Periksa dengan buku manual atau dengan pusat servis. Tidak salah jika anda menukarnya lebih awal. 

 

minyak enjin

 


9.   Gunakan pelincir terbaik seperti sintetik untuk sistem transmisi automatik anda. Ia ialah satu pelaburan yang berbaloi. 

 


10.   Sekiranya anda terlekat di dalam lumpur, JANGAN cuba untuk bergerak ke hadapan atau undurkan kenderaan dengan ganas. Tunggu sebelum anda tukar ke gear undur, dan rehat sebentar sebelum masuk ke D semula. Ini ialah satu petua yang selalu dilupakan, terutama kepada kenderaan 4X4 automatik yang mempunyai tork yang sangat tinggi. Hasilnya, terpaksa menggantikan transmisi automatik yang rosak akibat keganasan sendiri. 

 

 

Sekiranya kenderaan anda sudah tersangkut dan berendam semasa banjir pula, jangan cuba menghidupkan enjin kereta anda, tetapi lebih baik ditunda ke bengkel dan pastikan kesemua komponen di bahagian enjin telah kering sepenuhnya sebelum menghidupkan enjin kenderaan anda. 
 

 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Lamborghini Gallardo V10 5.2 liter merupakan model terakhir yang keluar daripada kilang pemasangan…