Menerusi peraduan 'Win an Adventure of a Lifetime', Isuzu Malaysia menawarkan pakej percutian kepada 10 orang pelanggan bertuah yang membeli sebuah Isuzu D-Max yang didaftarkan sebelum 30 September ini.
Pemenang hadiah utama akan menikmati percutian 10 hari untuk dua orang dengan pakej penerbangan kelas pertama ke Iceland, manakala dua pemenang hadiah pertama pula akan menerima pakej 9 hari 7 malam ke Greece untuk dua orang.
Hadiah tempat kedua pula bakal menyaksikan dua orang bertuah terbang ke Turki selama 9 hari 7 malam, manakala lima orang pemenang hadiah istimewa pula akan menikmati pakej percutian 8 hari 6 malam ke Korea.
Kesemua pemenang peraduan akan menerima pakej penginapan di hotel empat bintang termasuklah hidangan makanan disediakan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.isuzu.net.my/pickup dan juga laman Facebook Isuzu D-Max Malaysia di https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/