107 unit Rolls-Royce Spectre dipanggil semula, libatkan isu kabel bumi

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Rolls-Royce telah memanggil semula 107 unit Spectre yang berpotensi mengalami kerosakan kabel bumi.

Menurut pengeluar kereta mewah itu, isu tersebut boleh mengakibatkan sambungan kabel bumi yang lemah dan menimbulkan risiko keselamatan model EV itu.

Bagi mengatasi isu tersebut, semua unit Spectre yang dipanggil semula diminta untuk kunjungi pengedar, di mana sambungan kabel bumi itu akan dibuka dan dibersihkan.

Menurut Rolls-Royce mereka menyedari masalah tersebut semasa pemeriksaan pra-penghantaran pada bulan Disember 2023, di mana salah seorang pekerja menyedari sisa pelekat pada lubang sambungan kabel bumi.

 

2

 

Berikutan itu Rolls-Royce memulakan penyiasatan kejuruteraan, dan beberapa minggu kemudian memutuskan untuk menghentikan penghantaran Spectre bermula 11 Januari 2024.

Sisa pelekat pada kabel bumi itu dikatakan terletak pada bahagian motor hadapan, di mana ia menyebabkan peningkatan rintangan elektrik dan sambungan bumi yang tidak mencukupi.

Rolls-Royce turut menjangkakan kira-kira 90 peratus daripada jumlah unit yang dipanggil semula akan menghadapi masalah itu.

 

Baca: Rolls-Royce Spectre debut di Malaysia, harga bermula RM2 juta

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Cullinan II masih lagi Cullinan yang dikenali, badan berkotak, gah dan sebuah Rolls-Royce.…
Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…