Perlumbaan yang berlangsung pada 20 dan 21 April lalu, telah menyaksikan pemandu pasukan Ng Aik Sha, Amaresh Chowdhury dan Mitch Chong merangkul kemenangan dalam kategori Beregu Campuran dan solo wanita.

Sebagai bonus, MALAYSIA turut dinobatkan sebagai juara pasukan.
Team Malaysia Gymkhana kini akan memberi tumpuan untuk bersaing pada acara Kejuaraan Asia Auto Gymkhana (AAGC) di Korea dan di Sukan Permotoran Dunia FIA di Sepanyol masing-masing pada Jun dan Oktober.

Pada tahun ini 48 pemandu profesional dari 14 negara bersaing untuk mengungguli TIGP anjuran Chinese Taipei Motor Sports (CTMS) yang kembali semula selepas hiatus selama empat tahun.
Di dalam perlumbaan ini juga, kesemua pelumba dari semua negara menggunakan kereta model yang sama iaitu Toyota Altis GR Sport.

SUMBER : FB VOCKET CAR