Ini kerana, firma penala ABT kini sudah tampil dengan magis mereka yang tersendiri terhadap model sedan pantas itu.
Untuk kali ini, mereka membiarkan trenkuasa enjin lima silinder sebaris 2.5 liter turbo berkuasa 401 hp dan 500 Nm itu dalam keadaan standard.
Apa yang dilakukan hanyalah bersifat kosmetik, bermula dari rim ABT High Performance HR20 bersaiz 20 inci yang lebih ringan, disusuli dengan spring ABT yang merendahkan ketinggian sedan ini sebanyak 24.8 mm di depan dan 29.9 mm di belakang.
Terdapat juga opsyen di mana pembeli boleh mendapatkan suspensi gegelung ABT boleh laras sepenuhnya.
Namun, tanpa mengira pilihan suspensi, kesemua unit RS3-R yang ditala oleh ABT hadir dengan bar pengimbang sport ABT secara standard, serta tidak ketinggalan tip ekzos keluli tahan karat dengan kemasan hitam kusam.
Tidak cukup dengan itu, ABT turut menawarkan pakej aerodinamik penuh yang diperbuat daripada gentian karbon, seperti lip hadapan, cermin sisi, tambahan fender, serta tambahan pada bampar depan dan skirt belakang.
Difahamkan, hanya 200 unit sahaja Audi RS3-R yang akan dibina oleh ABT, di mana pengedaran hanya akan bermula menjelang tahun hadapan.