Giliran Audi A6 Allroad terima magik ABT - wagon crossover 408 kuasa kuda!

oleh Mohamad Hanif|
Audi A6 Allroad merupakan versi crossover kepada model standard Audi A6 Avant, di mana perbezaan antara kedua-dua model ini adalah jarak trek yang sedikit lebar, jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi dan penggunaan sistem suspensi udara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jadi, dalam banyak-banyak model Avant yang pernah ditala oleh ABT sebelum ini, model Audi A6 Allroad yang dipamerkan di dalam artikel ini merupakan sebuah lagi model talaan ABT yang menawarkan talaan kuasa terhadap enjin sedia ada serta beberapa pilihan set rim yang lebih besar saiznya.

 


Dari segi kuasa, Audi A6 Allroad 55 TFSI yang hadir dengan enjin 3.0 liter bentangan V6 turbo berkembar berjaya ditingkatkan angka outputnya kepada 408 kuasa kuda daripada 340 kuasa kuda standard.

Peningkatan kuasa ini hadir daripada pengurusan enjin serba baharu namun tiada sebarang peningkatan terhadap komponen enjin dilakukan.

 


Enjin diesel 3.0 liter turbi V6 pada model 55 TDI juga turut mampu menjana kuasa sehingga 384 kuasa kuda dan 760 Nm berbanding 349 hp/700 Nm standard kilang, menjadikannya satu angka impresif untuk sebuah wagon keluarga yang berkuasa.

Untuk versi yang lebih rendah 50 TDI juga turut menerima kemaskini pengurusan enjin di mana ia mampu mengestrak kuasa tambahan 44 hp dan 50 Nm daripada kuasa sedia ada.

 


Selain daripada peningkatan kuasa enjin, ABT turut menawarkan dua pilihan set rim iaitu FR dalam saiz 20 atau 21 inci, atau versi GR 20 inci.

Ruang dalam pula menerima sedikit perubahan seperti butang pandu mula dan pelindung tombol gear serba baharu.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Hanya 200 unit sahaja yang dihasilkan, di mana kesemua unit tersebut menggunakan asas daripada…
Berita Global
Ini kerana, firma penala ABT kini sudah tampil dengan magis mereka yang tersendiri terhadap model…
Berita Global
Seperti yang diduga, ia menampilkan peningkatan kuasa di mana talaan diberikan kepada enjin 2.9…