Adakah ini rupa sebenar Lamborghini Countach moden?

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pun sampai beberapa hari Lamborghini mendedahkan tiga teaser rasmi yang menandakan kehadiran model baharu Countach, bocor pula tiga keping gambar yang menunjukkan rupa sebenar model V12 itu mendahului pelancaran rasminya yang dijadualkan pada hujung minggu ini.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Tiga gambar yang terbocor awal yang diperoleh daripada laman Instagram @varryx_ itu mendedahkan rupa sebenar dari sudut pandang hadapan, sisi dan belakang tanpa sebarang pelekat samaran.
 

Countach

Dari sudut hadapan, anda boleh melihat sendiri rekaan hidung yang serba tajam, diikuti dengan penampilan nama Countach pada bahagian gril di mana agak asing untuk sebuah kereta meletakkan namanya sendiri di bahagian hadapan.

Daripada bahagian sisi dan belakang, Lamborghini 'Countach' ini banyak mengekalkan elemen yang terdapat pada supercar yang terdahulu, seperti arka roda bersegi, serta liang kemasukan udara bersegi di belakang pintu.
 

Countach


Kehadiran frasa V12 dan bukaan tangki bahan api jelas sekali menunjukan bahawa Countach ini bukanlah sebuah EV sepenuh masa, sebaliknya ia dikhabarkan sebagai sebuah supercar hybrid dengan nadi V12.

Lebih banyak informasi bakal diketahui menjelang pelancaran rasminya dalam masa terdekat.

Sumber: Instagram

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Hanya 199 unit sahaja replika ini yang akan dihasilkan, di mana proses pemasangan setiap satu unit…
Berita Global
Tahun lepas, mereka tampil di Tokyo Auto Salon dengan Ferrari F40 yang dipadankan kit badan lebar…
Berita Global
Selepas mengejutkan dunia dengan kehadiran Ferrari F40 berbadan lebar, Liberty Walk bakal muncul…