Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berterima kasih kepada Senator Datuk Razali Idris atas cadangan tersebut dan berkata ia merupakan satu idea yang baik.
"Saya akan cuba berbincang dengan LLM sama ada cadangan tersebut boleh digunakan (semasa musim perayaan)," ujarnya.
Langkah mencabut sementara palang tol tersebut bertujuan untuk memastikan aliran trafik yang lebih lancar terutama semasa musim perayaan.
Adakah langkah mencabut sementara palang tol semasa musim perayaan kali ini satu cadangan yang baik? Apa pula perancangan dan langkah sewajarnya yang perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang ketirisan (sekiranya berlaku) sepanjang tempoh perayaan?
Buat masa ini, kerajaan masih lagi belum mengumumkan pengecualian bayaran tol kepada semua pengguna lebuh raya di seluruh negara untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023.
Sumber: Buletin TV9