Aksi wheelie: remaja 17 tahun mengaku bersalah

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Bernama
Seorang remaja 17 tahun yang bekerja sebagai buruh kasar mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu kerana menunggang motosikal sambil melakukan aksi 'wheelie' yang berbahaya bersama isterinya pada 1 Syawal lepas.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Laporan Bernama menyebut, Majistret Muhammad Fitri Mokhtar menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan akhlak, dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM900 dengan seorang penjamin.

Berdasarkan pertuduhan, pada 22 April lepas kira-kira pukul 12 tengah hari di Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu tertuduh menunggang motosikal jenis Honda C100B dengan cara mengangkat tayar hadapan, yang berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Jika sabit kesalahan di bawah seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nursyafiqah Mohamad, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Kelantan, Nor Zaimah Mohamed.

Media sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri itu diminta tampil menyerah diri di balai polis bagi membantu siasatan setelah satu rakaman aksi tunggangan motosikal secara berbahaya menjadi tular di media sosial.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila kedua-dua motosikal itu bertembung di laluan…
Berita Domestik
Mangsa Mohammad Khairul Basahri, 18, meninggal dunia kira-kira pukul 12.37 pagi ketika menerima…
Informasi
Jelas beliau, setakat 29 Februari lalu sebanyak 578 kes direkodkan bagi kesalahan memandu di bawah…