Belanjawan: RM2.8b untuk pembaikan jalan raya persekutuan tak ada guna jika tiada kawal selia

oleh HEZERI SAMSURI|
Datok Suret Singh, pakar jalan raya veteran berkata perlu ada sistem yang memberikan tanggungjawab khusus dalam pengurusan penyelenggaraan jalanraya.

"Tidak boleh lagi wujud situasi di mana satu pihak menyalahkan pihak yang lain. Auditor dan penyelia projek perlu dipertanggungjawabkan atas projek pembaikan yang buruk," ujar beliau kepada akhbar The Star.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perdana Menteri Kesepuluh Malaysia, dalam belanjawan yang diumumkan beliau semalam berkata peruntukan sejumlah RM10 bilion akan diberikan untuk membaiki dan menyelenggara jalan-jalan raya persekutuan.

Suret bukan berseorangan di dalam isu tersebut. Pakar-pakar lain yang ditemui Careta turut bersetuju dengan cadangan beliau.

Menurut Tengku Ahmad Marwan Tengku Mahmud, Ahli Tetap Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Selangor, pembaikan jalanraya persekutuan adalah satu langkah yang baik tetapi masih tidak mencukupi.

 

 

"Jalanraya yang terbaik pun tidak mencukupi sekiranya kita tidak ada pengguna yang dilatih dan dididik dengan disiplin yang betul," ujar beliau (gambar di atas).

Marwan berkata perlu ada peruntukan yang cukup untuk kempen-kempen keselamatan dan pendidikan bagi meningkatkan pengetahuan dan skil pengguna-pengguna jalanraya.

Beliau juga berharap agar belanjawan akan datang akan mengambil input dari Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) yang sememangnya adalah badan yang diberi mandat untuk isu keselamatan jalan raya.

Selain dari penyelenggaraan jalan raya persekutuan, Belanjawan 2024 juga memberikan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk menggantikan lampu jalan raya ke jenis LED yang lebih cekap tenaga dan RM50 juta untuk menaik-taraf lampu isyarat kepada jenis pintar untuk menurunkan kadar kemalangan di laluan-laluan sibuk.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Walaupun jumlah cukai itu tidak disebut, sebarang peningkatan kos akan dipindahkan kepada pengguna…
Berita Domestik
Langkah tersebut selari dengan Dasar Automotif Nasional (2020) yang diterajui oleh Kementerian…
Hezeri Samsuri
Kita semua sudah faham bahawa subsidi bahan api memang perlu kawalan dan boleh diberikan kepada…