Berjaya jual 11.23 juta unit, Toyota kekal jenama nombor satu!

oleh Mohamad Hanif|
Gergasi automotif Jepun, Toyota tidak menunjukkan tanda-tanda goyah apabila berjaya mencatatkan rekod jualan terbaharu berjumlah 11,233,039 unit untuk tahun 2023, atau peningkatan sebanyak 7.2 peratus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini bermakna, Toyota masih lagi kekal sebagai pengeluar automotif terbesar di dunia untuk tahun keempat berturut-turut.

Dalam tempoh yang sama, Toyota dan Lexus telah berjaya menjual sebanyak 10,307,395 unit kenderaan, atau 7.7 peratus lebih banyak berbanding tahun terdahulu.

Biarpun terpalit dengan skandal penipuan data, Daihatsu masih lagi mampu menunjukkan prestasi positif dengan peningkatan 3.2 peratus kepada 790,441 unit.

Namun, nasib yang sama tidak menyebelahi Hino apabila divisyen kenderaan komersial itu mengalami penurunan angka jualan 9.8 peratus kepada 135,203 unit.

Dalam pada itu, Kumpulan Volkswagen turut mengumumkan pencapaian bagi tahun 2023, dengan angka jualan sebanyak 9.24 juta unit, diikuti pengeluar automotif Korea (Hyundai/Kia/Geneses) sebanyak 7.32 juta unit.

Sementara itu, Nissan mencatatkan peningkatan sebanyak 4.6 peratus kepada 3,225,632 unit kenderaan sepanjang tahun 2023.

Sumber: Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…