Bilik pameran Nissan Puchong bawakan konsep baharu NRC-NEXT

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengumumkan pembukaan bilik pameran Nissan baharu yang dinaik taraf di Puchong, Selangor dengan membawakan konsep runcit global Nissan NRC-NEXT.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia menggabungkan identiti korporat Nissan dengan logo Nissan yang terkini bertujuan untuk memberikan pengalaman jenama yang lebih tinggi kepada para pelanggan Nissan.
 

ETCB


Bahagian luar bilik pameran ini diserlahkan dengan papan tanda Nissan berwarna merah, sementara susun atur bahagian dalam pula membawakan persekitaran premium dan moden.

Bilik pameran yang dinaik taraf ini mempunyai kawasan seluas 7,502 kaki persegi, dan mampu  memuatkan sehingga enam buah model Nissan pada satu-satu masa termasuklah model 'Star Car' terkini - Nissan Serena Hybrid J-IMPUL.
 

ETCB


Kemudahan lain termasuklah kenderaan pandu uji, tempat penyerahan kenderaan baharu, ruang istirehat, sokongan Wi-Fi, serta sudut khas untuk kanak-kanak.

ETCM Nissan Puchong terletak di alamat No. 2G, Jalan Bandar Tiga, Pusat Bandar Baru, 47100 Puchong Selangor, dan dibuka Isnin-Sabtu, jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang, manakala hari Ahad/Cuti umum pula beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

 


Selain daripada itu, ETCM turut mengumumkan dua lagi bilik pameran yang dinaik taraf, iaitu Kulai Public Motor Sdn Bhd di Kulai, Johor dan Ngu Brothers Motor Service Sdn Bhd di Sibu, Sarawak.

Alamat serta waktu beroperasi adalah seperti berikut:

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dengan kerjasama Sime Darby Motors dan pengedar tempatan, Millenium Autobeyond, bilik pameran BYD…
Berita Domestik
Kemudahan bernilai RM1 juta itu terletak secara strategik di Wisma Pahlawan, yang mudah diakses di…
Berita Domestik
Bilik pameran baharunya iaitu Auto Care bertempat di Alor Setar, Kedah, akan mula dibuka untuk…