BMW Malaysia lancar 320i, 330i M Sport Edisi Terhad, dari RM263k

oleh Mohamad Hanif|
BMW Malaysia baru-baru ini melancarkan model sedan 3 Series edisi terhad yang dilengkapi dengan pakej M Sport sebagai ciri standard dan boleh didapati dalam varian 320i dan 330i.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk varian 320i M Sport Edisi Terhad, ia hadir dengan pakej penggayaan M Sport termasuklah rim aloi ringan M bersaiz 18 inci 790 M, roda stereng balutan kulit dan tidak ketinggalan siling kereta antrasit.
 

320i


Manakala model BMW 330i M Sport Edisi Terhad pula menawarkan rim aloi ringan M bersaiz 19 inci 791 M, serta penambahan ciri bumbung kaca elektrik dan sistem bunyi keliling Harman Kardon.

Kedua-dua varian 320i dan 330i M Sport Edisi Terhad ini boleh dilayangkan dengan pilihan warna Alpine White, Black Sapphire, Minderal Grey, dan M Portimao Blue, sementara kemasan upholsteri pula eksklusif menggunakan kulit Vernasca dengan rona hitam.
 

330i


Harga jualan untuk BMW 320i M Sport Edisi Terhad bermula dari RM262,800 atau bulanan serendah RM2,663 menerusi pelan Easy Drive Financing Plan, sementara BMW 330i M Sport Edisi Terhad pula bermula dari RM304,800 atau bulanan serendah RM3,237, di mana ia adalah berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus untuk tempoh lima tahun.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan Vision Neue Klasse sebagai kelahiran semula BMW untuk era baharu, ia akan menumpukan pada…
Pelancaran
Tiga varian utama yang dimaksudkan itu ialah BMW 320i M Sport, BMW 330i M Sport serta sebuah model…
Berita Global
Perubahan yang ketara dibawakan adalah rekaan unit lampu depan yang kini lebih nipis dan bersih…