Koleksi Datsun Z ini sebenarnya dimiliki oleh seorang pengumpul yang juga memegang keahlian dalam laman lelongan dalam talian tersebut dan difahamkan, beliau mengambil masa sekurang-kurangnya 20 tahun untuk melengkapkan koleksi tersebut.
Model Datsun 240Z 1970 berwarna Safari Gold merupakan model tertua di dalam koleksi tersebut.
Ia membawakan enjin enam silinder sebaris L24 2.4 liter yang dipadankan dengan transmisi manual empat nisbah kelajuan dan mencatatkan jarak perbatuan sekitar 61,155 km.
Pada tahun 2013, model ini telah menjalani proses pengubahsuaian dan restorasi yang dilakukan oleh Whitehead Performance, dan siap sepenuhnya pada Julai 2022!
Dua lagi model 240Z merupakan model tahun 1973, masing-masing dilayangkan warna Green Metallic dan Lime.
Menariknya, model 240Z berwarna Green Metallic itu sekadar mencatatkan jarak perbatuan sejauh 22,531 km sahaja, manakala model berwarna Lime pula sudah mencatatkan perbatuan sejauh 104,607 km.
Model yang paling sikit berjalan merupakan Datsun 280Z tahun 1976 dengan jarak perbatuan sekitar 2500 batu sahaja, atau 4,023 km.
Model 2+2 280Z yang dilayangkan dengan warna biru ais ini membawakan enjin enam silinder sebaris L28 2.8 liter, dipadankan dengan transmisi manual empat nisbah kelajuan, serta ciri-ciri lain seperti antena boleh simpan, sistem pendingin hawa, dan radio AM/FM Hitachi.
Berikut merupakan senarai pautan Bring A Trailer untuk setiap model Datsun Z yang bakal dilepaskan kepada pemilik baharu:
Datsun 240Z 1970 (Safari Gold) - Bidaan semasa $59,000 (RM259,423)
Datsun 240Z 1973 (Green Metallic) - Bidaan semasa $35,000 (RM153,895)
Datsun 240Z 1973 (Lime) - Bidaan semasa $22,000 (RM96,734)
Datsun 260Z 1974 (Silver) - Bidaan semasa $20,500 (RM90,139)
Datsun 280Z 1976 (Ice Blue) - Bidaan semasa $20,250 (RM89,039)
Datsun 280Z 1977 (Light Blue Metallic) - Bidaan semasa $36,100 (RM158,732)
The Z Collection @ Bring A Trailer