Sportsbike CFMoto 250SR itu hadir dengan penawaran enjin silinder tunggal bersesaran 249.2 cc DOHC dengan angka output 27.5 hp dan daya kilas 22 Nm pada putaran enjin 7,500 rpm.
Kuasa tersebut disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi manual enam nisbah kelajuan, dengan bantuan klac jenis slipper.
Sistem suspensi motosikal reraup penuh ini menggunakan jenis teleskopik upside down di hadapan, dan sistem suspensi tunggal di bahagian belakang, sementara sistem brek pula adalah jenis cakera tunggal bersaiz 292 mm dengan angkup brek empat omboh hadapan, dan cakera 220 mm dengan angkup terapung omboh tunggal di belakang.
Ciri keselamatan ABS dari Continental dua saluran adalah standard.
Rim pula adalah jenis aloi aluminium bersaiz 17 inci dengan tayar saiz 110/70 hadapan dan 140/60 di belakang.
Dari segi penawaran, CFMoto 250SR didatangkan dengan ciri standard lampu LED depan dan belakang, skrin paparan TFT berwarna penuh, tangki bahan api berkapasiti 12 liter, dan ketinggian pelana adalah 780 mm.