CFMoto 800MT secara asasnya merupakan 'kembar' kepada model KTM 790 Adventure, di mana ia mengguna pakai casis serta enjin parallel-twin bersesaran 799cc yang menghasilkan 95 hp dan 88 Nm.
Namun, talaan yang diberikan kepada enjin LC8 ini membolehkan CFMoto 800MT menghasilkan kuasa setinggi 94 hp dan 78 Nm.
Menurut sumber Careta, CFMoto mengesahkan kemasukan model 800MT ini untuk pasaran Malaysia menjelang tahun 2022 dan ia dijangka membawakan senarai spesifikasi yang lebih premium seperti kawalan jelajah, sistem quickshifter dua arah, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), serta sistem permulaan tanpa kunci.
Selain daripada itu, CFMoto 800MT ini juga turut mendapat kelengkapan standard seperti windshield larasan manual, pelindung tangan, pendikit dengan pemanas terbina, tempat duduk dengan pemanas terbina, crash bar, serta pelindung enjin, sementara kotak simpanan barang pula ditawarkan sebagai opsyen.