Motosikal genre "naked" yang kelihatan seperti model konsep CLX700 di Eicma tahun 2019 itu kelihatan seperti sudah siap untuk dihasilkan, kecuali beberapa lagi aksesori wajib seperti madgad belakang dan lampu-lampu membelok.
Mensasarkan model Yamaha MT-07 sebagai pencabar utama CFMoto, model CLX700 datang dalam tiga varian bagi mencabar pemain-pemain lain - scrambler rugged dengan tayar offroad dan beg sisi, supernaked yang kosong tetapi grafik yang garang dan varian standard seperti di dalam gambar.