Chery bakal kembali beri saingan segmen SUV pasaran tempatan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Nampaknya tahun ini pembeli di Malaysia bakal mengalami kesukaran untuk membuat pilihan dalam segmen SUV, baru-baru ini wakil pegawai eksekutif Chery di Malaysia telah mengesahkan bahawa syarikat itu akan kembali ke pasaran tempatan dengan pelancaran model baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sekiranya anda mengikuti perkembangan semasa syarikat pengeluar gergasi China itu, anda pasti kenal dengan model baharu nya sepeti Tiggo 4 Pro, Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro serta salah satu sub jenama nya, iaitu Omoda 5.

 

2

 

Model baharu dari Chery itu sememangnya merupakan suatu kejayaan bagi syarikat gergasi China itu apabila berjaya meraih angka jualan yang memberangsangkan secara global.

Untuk peringkat awal, Chery dikatakan akan membawa 2 model pertamanya iaitu Tiggo 8 Pro dan Omoda 5 yang dijangka tiba sekitar bulan Julai 2023.

 

3

 

Kedua-dua model itu dikuasakan dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) tulen tanpa elektrifikasi, namun generasi baharunya akan ditawarkan dengan varian PHEV generasi ketiga Chery.

Untuk pasaran China juga, Chery telah melancarkan enjin TGDi 1.5 liter generasi kelima yang menghasilkan 154 HP dan 220 Nm dimana ia bakal digabungkan dengan trenkuasa PHEV tersebut.

 

4

 

Chery juga bukan sahaja akan kembali dengan model baharu, malahan syarikat itu dikatakan akan menghasilkan model baharu mereka secara pemasangan tempatan (CKD) di kilang yang akan diumumkan kelak.

Setakat ini Chery masih belum mendedahkan spesifikasi dan jenis enjin yang akan digunakan oleh model baharu mereka untuk pasaran Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Rekabentuk gril bertemakan bintang dan planet Zuhal beserta "cincinnya" sementara roda aloi bersaiz…
Berita Domestik
Chery Malaysia juga memberikan sebuah kereta untuk digunakan sementara proses itu berlangsung.…
Berita Domestik
Pilihan warna edisi terhad yang lebih menawan cerah akan tersedia secara eksklusif pada TIGGO 8 PRO…