Chery berjaya cecah 1 juta unit jualan global tahun 2022

oleh Penyumbang Rencana|
Chery merupakan salah satu syarikat yang lahir dari China, sejak penubuhannya, jenama ini dikenali sebagai "Technological Chery" kerana kesungguhan syarikat itu menguasai teknologi teras.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Pada bulan Oktober 2022, jualan global Chery telah mencapai 132,828 unit kenderaan, sekaligus menjadikannya bulan kelima berturut-turut jualan bulanan jenama itu melebihi 100,000 unit kenderaan.

Pencapaian tersebut melonjakkan jualan global Chery untuk 10 bulan pertama 2022 kepada 1,026,758 unit kenderaan, ianya merupakan kali pertama Chery melepasi 1 juta unit jualan tahunan, mengatasi rekod jualan pada tahun 2021 dengan 961,926 unit.

Model Tiggo 8 dan Tiggo 7 menjadi peneraju rekod pencapaian itu dengan jualan global sebanyak 159,500 unit dan 134,900 unit masing-masing dari Januari hingga Oktober.

Untuk pasaran Brazil, Chery berjaya menjual 29,854 unit kenderaan untuk tahun 2022, membolehkan mereka menguasai 2.38 peratus pasaran dan meletakkan mereka di senarai 10 jenama terlaris.

Selain itu, di pasaran Timur Tengah, Chery mencatat peningkatan dari segi jualan serta menaikkan reputasi jenama. Tiggo 8 Pro telah menerima pujian media terkemuka sebagai "revolusi baharu yang dibawa ke pasaran Qatar" dan telah menerima gelaran "Perintis Terpintar".

Sempena acara terbesar dunia iaitu Piala Dunia Qatar 2022, Chery akan membekalkan kenderaan bagi jabatan keselamatan serta media untuk lebih 10 negara yang bersaing.

Semasa Piala Dunia juga, Chery menyediakan kenderaan untuk perkhidmatan ulang-alik percuma di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha bagi pemilik jenama Chery di seluruh dunia.

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Pelancaran
Tiga Model SUV Elektrik Diperkenalkan Di Malaysia Autoshow 2025, iCAUR mempamerkan tiga model…
Berita Global
Omoda Sepanyol merupakan syarikat usaha sama antara Spanish Ebro-EV Motors dan Chinese Chery…
Berita Domestik
Sebanyak 60 unit Omoda 5 yang dihasilkan pada 15 Ogos 2023 dan  dipasang dengan komponen bermasalah…