Chery jenama kenderaan China eksport lebih 50k unit sebulan

oleh SALINA JALIL|
Chery telah menjadi jenama kenderaan China pertama yang mengeksport lebih daripada 50,000 kenderaan dalam satu bulan, Julai 2022.


Syarikat tersebut telah menjual 50,614 unit di luar China (+90.1 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu, atau YoY) daripada jumlah jualan global 131,533 kenderaan (+57.7 peratus YoY).


Pencapaian ini terhasil di samping pelbagai cabaran yang masih berterusan termasuk kesan COVID-19 dan kesukaran logistik.
Perodua Aruz for Nov 2022 MREC

 

Dari Januari hingga Julai 2022, Chery telah mengeksport hampir 200,000 kenderaan (+36.8 peratus YoY), mewakili kira-kira satu pertiga daripada jumlah jualan globalnya setakat tahun ini.


Chery komited terhadap strategi globalisasinya dan terus mencatat perkembangan yang ketara serta stabil di pasaran luar negara. 


Sejak permulaan tahun, syarikat tersebut telah memecahkan rekod eksport bulanan jenama kenderaan China yang dipegang oleh Chery sendiri beberapa kali, mencatat kadar peningkatan purata 60.5 peratus dalam tiga bulan yang lalu.


Siri Tiggo 8 dan Tiggo 7 terus mendapat sambutan baik semakin ramai pengguna global. Dalam tujuh bulan pertama 2022, 31,263 unit siri Tiggo 8 telah dieksport
(+43.3 peratus YoY). 


Siri tersebut juga digunakan sebagai kenderaan presiden dan penyambut tetamu rasmi di beberapa negara.

 

 

Di Mesir, Chery menjual 1,846 kenderaan pada Julai, meningkatkan jumlah jualan Januari-Julai kepada 12,591 unit, manakala penguasaan pasarannya mencapai
11.42 peratus bagi tempoh Januari-Jun. 


Di Afrika Selatan pula, jualan Chery pada Julai mencapai 1,262 unit, melonjakkan jumlah jualan Januari-Julai kepada 6,380 unit dan mewakili 4.01 peratus penguasaan pasaran yang merupakan rekod baharu.


Pada separuh kedua 2022, Chery akan terus mengukuhkan jenama, produk dan operasi pelanggannya serta mempercepatkan pelancaran kenderaan baharu,termasuk OMODA 5. 


Model pertama di bawah siri global baharu OMODA ini disasarkan kepada generasi muda di seluruh dunia dengan ciri-ciri berteknologi tinggi serta reka bentuk yang bergaya.


Selain itu, sejajar dengan trend automotif global ke arah kenderaan tenaga baharu (NEV), Chery menyasarkan untuk melancarkan NEV di 14 negara pada tahun ini, termasuk Brazil, Argentina dan Chile,merangkumi trenkuasa elektrik penuh, hibrid plug-in dan sistem mild-hybrid 48V.

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada bulan Oktober 2022, jualan global Chery telah mencapai 132,828 unit kenderaan, sekaligus…
Berita Domestik
Lima model yang dimaksudkan itu terdiri daripada SUV OMODA 5, Tiggo 4 Pro, Tiggo 7 Pro, Tiggo 8 Pro…
Berita Global
Hal ini disampaikan sendiri oleh Naib Presiden Eksekutif Chery International, Charlie Zhang kepada…