Bukan hanya setakat dapat melihat, kami sebagai media sendiri sudah memandu uji model EV terbaharu Chery ini di atas jalan raya dan kami sudah mengodeh kereta ini, boleh lihat video kami di aplikasi tiktok.
@caretamalaysia Chery Omoda E5 - Yang ni memang hensem, tapi berapa harga? #omodae5 #omoda #E5 ♬ original sound - CaretaMalaysia
Namun, setelah beberapa bulan menanti, baru hari ini Chery Malaysia secara rasmi meletakkan tanda harga jualan pada model Omoda E5 sekali gus melancarkan model itu untuk pasaran.
Harga jualan rasmi untuk model crossover elektrik terbaharu Chery Omoda E5 adalah bermula pada RM146,800 .
Secara asasnya, Omoda E5 hanya ditawarkan untuk satu pilihan varian sahaja tetapi diberi empat pilihan warna iaitu Aqua Green, Khaki White, Phantom Grey, dan Dark Black.
Berikut merupakan spesifikasi dan ciri-ciri mengenai Chery Omoda E5 terbaharu ini;
- Motor elektrik FWD
- Kuasa output : 201hp / 340Nm
- 0-100kmj : bawah 8 saat
- Kapasiti bateri : 61kWh
- Jarak gerak : 450km
- Kapasiti Pengecasan : AC 9.9kW & DC 80kW
Dengan pengecasan DC 80kW, ia boleh mengecas dari 30-80 peratus hanya dalam masa 28 minit.
Tambahan itu, Omoda E5 mengubah konsep memandu dengan motor kawat datar 3-in-1 yang kuat dan tiga sistem kawalan elektronik terkemuka yang menyediakan gabungan prestasi dan teknologi.
Menurut Chery, manfaat daripada tiga teknologi ini adalah untuk penggunaan tenaga yang sangat rendah dengan sebanyak 15.5kwh/100km sahaja.
Selain itu, ciri teknologi yang terdapat pada Omoda E5 ini adalah teknologi Vehicl-to-Load (V2L), dimana pengguna boleh menjadikan EV ini sebuah sumber kuasa elektrik mudah alih.
Dari segi reka bentuk luaran, Omoda E5 membawakan sedikit perbezaan jika dibandingkan dengan Omoda 5 versi petrol.
Antara kelainan yang sangat jelas adalah rekaan grill hadapan yang minimalis, ia menampakkan lagi konsep futuristik elektrik seperti kebanyakkan model-model EV terkini.
Jika Omoda 5 boleh mendapat reka bentuk rim yang menarik dengan trim warna merah, Omoda E5 pula datang dengan rekaan rim yang aerodinamik bersaiz 18 inci.
Untuk bahagian dalaman, Omoda E5 turut menawarkan dua pilihan warna yang menampilkan kombinasi dua warna iaitu biru dan biege atau hitam pada keseluruhan dalaman kenderaan seperti tempat duduk dan kokpit mengikut pilihan.
Dengan menggunakan bahan kulit sintetik berkualiti tinggi pada seluruh tempat duduk pemandu dan penumpang, ia menambahkan lagi sentuhan mewah bahagian dalaman serta meningkatkan keseluruhan pengalaman.
Ia turut hadir dengan konsol tengah yang lebih ringkas dan tidak menampilkan butang kawalan pada bahagian tersebut untuk memberi ruang meletak barang yang lebih besar.
Untuk paparan infotainmen, ia bersambung dengan klustermeter pemandu yang menggunakan cip Qualcommuntuk berinteraksi dengan lancar, dipadankan dengan skrin 2K HD lengkung bersaiz 24.6 inci.
Tambahan itu, infotainmen Omoda E5 turut menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar dan ditampilkan juga sistem bunyi yang premium dari Sony.
Untuk ciri keselamatan pula, Chery Omoda E5 dilengkapi generasi terkini Advanced Driver Assistance System 2.5 (ADAS 2.5) dan menetapkan standard baru untuk sistem bantuan pemandu lanjutan dalam pasaran kenderaan elektrik dengan 17 fungsi.
17 fungsi ciri keselamatan ADAS yang terdapat dalam Omoda E5 ini adalah seperti berikut;
- Front Collision Warning (FCW)
- Autonomous Emergency Braking (AEB)
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Multi Collision Brake (MCB)
- Traffic Jam Assistant (TJA)
- Door Open Warning (DOW)
- Rear Cross Traffic Braking (RCTB)
- Integrated Cruise Assist (ICA)
- Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
- Rear Collision Warning (RCW)
- Lane Change Assist (LCA)
- Lane Departure Prevention (LDP)
- Driving Monitoring System (DMS)
- Blind-spot Detection (BSD)
- Emergency Lane Keeping (ELK)
- Departure Reminder
Pakej jaminan yang ditawarkan oleh Chery untuk model elektrik OMODA E5 adalah seperti berikut;
- Jaminan kenderaan 7 tahun atau 150,000km
- Jaminan bateri 8 tahun atau 160,000km
- Jaminan unit pemanduan 8 tahun atau 160,000km yang meliputi;
- Kuasa Motor (Power Motor),
- Unit Kawalan Kuasa Motor (Power Motor Control Unit),
- Pengurusan Sistem Kuasa Bateri (Power Battery Management System)
- Unit Kuasa Kenderaan (Vehicle’s Control Unit)
Chery Malaysia juga menawarkan pertukaran bateri satu-dengan-satu jika kesihatan bateri jatuh di bawah 70 peratus semasa tempoh jaminan*.
Pemilik OMODA E5 juga akan menerima kemudahan cas percuma apabila mereka melawat mana-mana pusat pameran Chery di seluruh negara.
Chery Malaysia juga menawarkan kepada pembeli 2000 unit OMODA E5 pertama, akan menikmati:
- Wall box charger
- V2L (Vehicle-to-Load) Charger
- Kredit cas bernilai RM1000 di rangkaian pengecas EVC*.
*Tertakluk pada terma dan syarat