COVID-19: KKM senarai 13 Zon Merah di Malaysia

oleh SALINA JALIL|
Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) hari ini menyenaraikan 13 kawasan yang dilabel sebagai Zon Merah (Berbahaya) wabak COVID-19 di negara ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Senarai tersebut telah dikemaskini oleh KKM pada pagi Ahad.



Kawasan-kawasan tersebut merupakan kawasan yang mempunyai jumlah mangsa yang dijangkiti wabak COVID-19 paling tinggi.



Berikut adalah kawasan yang dilabel sebagai Zon Merah COVID-19 mengikut daerah:

 

1. Lembah Pantai

2. Petaling

3. Hulu Langat

4. Seremban

5. Kluang

6. Johor Bahru

7. Kuching

8. Kota Bharu

8. Kinta

9. Gombak

10. Tawau

11. Hilir Perak

12. Titiwangsa

13. Klang

 

 

kkm2

 

Kerajaan telah mengumumkan akan melaksanakan proses nyah cemar di seluruh negara bermula Isnin ini di kawasan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi dan juga secara rumah ke rumah terutama di Projek Perumahan Rakyat (PPR).



Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, proses nyah cemar itu akan diselaraskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).



Rakyat Malaysia Harus #DudukRumah Dan #KekalTenang Untuk Kita Sama-sama #HapusCOVID19

Berita Berkenaan

Informasi
    Beliau berkata, sebelum ini, kedua-dua pulau peranginan tersebut masih memiliki sebuah bot…
Informasi
  Beliau berkata, perkara itu juga adalah bagi memastikan kesediaan negara untuk menerima…
Berita Domestik
  Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim, operasi…