COVID-19: Rolls-Royce giat tingkatkan produksi madu lebah, sasar pecah rekod 2020

oleh Mohamad Hanif|
Ya, anda sebenarnya tidak tersalah baca, ini kerana walaupun Rolls-Royce telah pun menghentikan sementara produksi kenderaannya di Goodwood, England akibat wabak pandemik COVID-19, penutupan itu tidak menjejaskan operasi sebuah lagi 'kilang' yang berdekatan.

Terletak tidak jauh daripada kilang induk, Rolls-Royce memiliki kira-kira 250,000 ekor lebah yang kini 'bekerja' sepanjang hari untuk produksi madu lebah di Bee Apiary.

Ladang lebah yang dibuka semenjak tahun 2017 itu terdiri daripada enam sarang lebah utama yang dinamakan sempena model Rolls-Royce, iaitu Phantom, Wraith, Ghost, Dawn, Cullinan dan Spirit of Ecstasy.

 


Malah, untuk tahun 2020 Rolls-Royce merancang untuk meningkatkan produksi madu lebah lebih banyak berbanding kuantiti yang dihasilkan pada tahun lalu.

Sayang sekali, madu lebah jenama Rolls-Royce ini tidak terdapat di Speedmart berhampiran anda, atau pasaraya besar di bandar-bandar utama.

Ini kerana Rolls-Royce hanya menghidangkan madu lebah eksklusif ini kepada tetamu khas syarikat, dan juga para pelanggan yang sanggup melaburkan duit ke Goodwood untuk menetapkan spesifikasi kenderaan pilihan mereka.

 


Selain daripada Rolls-Royce, pengeluar automotif lain yang turut sama menghasilkan produk madu lebah adalah seperti Bentley dan juga Ford yang memiliki kira-kira 80,000 ekor lebah berdekatan dengan kilang Rouge yang menghasilkan F-150.

Berita Berkenaan

Berita Global
Black Badge diwujudkan untuk menarik generasi pelanggan baharu Rolls-Royce yang mahukan sesuatu…
Berita Global
Menurut laporan Autocar, tiada maklumat rasmi tentang model ini didedahkan oleh pihak Rolls-Royce…
Berita Global
Inspirasi Dari Bulu Emas Bailey Spectre Bailey hadir dengan skema warna dua tona krim dan emas,…