Daimler mula uji teksi S-Class pandu-sendiri

oleh HEZERI SAMSURI|
Daimler sudah memulakan ujian kenderaan autonomi atau pandu-sendiri di California, US.

Sebanyak 30 unit kenderaan Mercedes-Benz digunakan sebagai teksi autonomi di sana, dan kebanyakannya ialah dari model S-Class.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Walaupun kereta-kereta itu mampu memandu sendiri, seorang pemandu tetap diletakkan di belakang stereng sebagai langkah keselamatan.

Ia menggunakan teknologi seperti radar jarak jauh LiDAR dan juga pelbagai pengesan lain.

Sebelum ini, Daimler sudah mula menguji kenderaan autonomi Level 4 itu di Stuttgart, Jerman tetapi ujian di California ini adalah yang pertama kali di mana penumpangnya bukan dari kakitangan Daimler sendiri.

Daimler sebenarnya mahu mengkaji semula kos kajian untuk projek kenderaan autonomi kerana menurut CEO Ola Kallenius, Daimler mahu menggunakan teknologi autonomi ini untuk kenderaan perdagangan bagi perjalanan jarak jauh - contohnya lori treler yang dipandu sendiri untuk ke destinas-destinasi jauh melalui lebuhraya.

Ujian teksi di California pula lebih kepada untuk mengkaji permintaan dan reaksi pengguna awam bila menggunakan kenderaan autonomi.
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jurutera syarikat Mitsubishi Logisnext berkata, beliau menerima banyak pertanyaan mengenai forklift…
Berita Global
Untuk dron tanpa pemandu K-Racer X1, Kawasaki mengambil langkah yang lebih berani dengan memasang…
Berita Global
Inisiatif yang dijalankan oleh Honda pada ketika ini menyaksikan pengujian ciri keupayaan pemanduan…