Datsun 240Z 1972 dengan dua modifikasi besar - enjin RB26DETT, dan tukar kepada pemanduan sebelah kanan (RHD)!

oleh Mohamad Hanif|
Penulis masih ingat satu pandangan menarik yang dipetik menerusi satu dokumentari yang memaparkan scene modifikasi di Jepun, di mana mereka melakukan restorasi semula terhadap kereta-kereta klasik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu daripada rumah penala tersebut mengekalkan ciri-ciri asal yang sama seperti keadaan keluar kilang suatu ketika dahulu, namun terdapat mereka yang berfikiran lebih jauh dengan melengkapkan kereta klasik tersebut dengan unit nadi yang lebih moden.

Unit Datsun 240Z 1972 ini merupakan contoh yang terbaik di mana kereta klasik yang direstorasikan dan memiliki nadi yang jauh lebih moden berbanding enjin asal.

 


Disenaraikan di dalam laman The Market, Datsun 240Z ini pada asalnya dilengkapi dengan enjin enam silinder sebaris 2.4 liter yang menghasilkan 151 hp.

Namun, pemilik 240Z ini ternyata mahukan kuasa yang lebih, dan beliau segera menjalankan proses memasukkan enjin RB26DETT yang diperoleh daripada Nissan Skyline GT-R R33 dengan angka output sekitar 350 hp!

 


Enjin GT-R tersebut menampilkan pam bahan api Nismo, pam air Nismo, injap tekanan bahan api Tomi, gegelung palam pencucuh berprestasi tinggi, unit kawalan Apexi FC dan sistem pengedaran semula udara.

Sistem transmisi manual lima kelajuan pula diperoleh daripada Nissan Skyline GTST yang turut merangkumi propshaft yang dimodifikasi, serta komponen LSD baharu.

Selain daripada itu, jentera ini turut dipasang dengan bar anti oleng depan dan belakang, lengan kawalan Tecno Toys, sistem brek yang lebih besar serta sistem gantungan pula menerima penyerap hentak boleh laras gas Tokico Illumina pada keempat-empat sudut.

 


Namun, perkara paling menarik yang ada pada Datsun 240Z ini adalah penukaran konfigurasi pemanduan, di mana ia telah bertukar kepada sistem pemanduan di sebelah kanan!

Proses transformasi ini tidaklah semudah yang disangka, ini kerana pemiliknya memerlukan dua buah kenderaan penderma untuk menjadikannya satu realiti.

Menurut senarai di dalam The Market, Datsun 240Z 1972 ini memiliki tanda harga £43,000 (RM235,878).

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Safari Rally Z Tribute ini dibina oleh Tommy Pike Customs, dengan menampilkan penambahan…
Berita Global
Koleksi Datsun Z ini sebenarnya dimiliki oleh seorang pengumpul yang juga memegang keahlian dalam…
Informasi
Namun, tahukah anda rekaan Nissan Z yang terbaharu ini turut melibatkan elemen matematik Nisbah…