KERETA MUSCLE DODGE EV SIMULASIKAN SISTEM GETARAN MODEL ENJIN SEBENAR

oleh Firdaus Razani|
Seperti yang ramai tahu, peralihan teknologi dalam industri automotif terutamanya dari penggunaan bahan api ke motor elektrik, banyak mengubah landskap dan ciri pembangunan serta pembuatan kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jelas sekali, apabila banyak keluaran model yang dielektrikan, ia seperti membina sebuah kereta atau kenderaan yang tiada jiwa terutama sekali dari bunyi deruman enjin bahan api yang kebanyakkannya memberi sebuah ‘perasaan’ pada pengguna.

 

dodge

 

Mungkin kelebihan kenderaan elektrik (EV) terletak pada teknologi-teknologi canggih yang ditawarkan selain matlamat utama penciptaan EV adalah untuk sifar pelepasan emisi.

Walaubagaimanapun, teknologi semakin maju dan canggih, kebanyakkan teknologi terdahulu dapat ditiru supaya sedikit sebanyak dapat mengekalkan karakter dan identiti sesebuah model tersebut.

Pada tahun lepas, Stellantis dilaporkan telah patenkan sistem Penambahbaikan Bunyi Aktif (ASE) baharu dan Peningkatan Sistem Getaran Aktif (AVE) pada World Intellectual Property Organization (WIPO).

 

dodge

 

Sistem tersebut adalah bertujuan untuk mengembalikan beberapa ciri kereta muscle Dodge mereka supaya tidak hilang karakter dan identiti model tersebut setelah beralih kepada kuasa elektrik.

Dodge telah mendedahkan konsep penggunaan Eksoz Fratazonic Chambered yang bertujuan untuk meniru bunyi ekzos seperti model Dodge Charger Daytona mereka.

Jika kedua sistem ASE dan AVE digunakan, ia akan meningkatkan pengalaman itu ke tahap yang lebih tinggi serta mencipta semula ciri dan karakter yang ada pada model enjin ICE

Dengan penggunaan sistem tersebut ia akan menjana getaran yang disesuaikan dengan keadaan kenderaan sebenar dengan bantuan daripada penderia dan "penjana kuasa" yang dipasang di seluruh badan dan casis kenderaan.

 

dodge

 

Penderia tersebut akan mengikut pada keadaan kenderaan, dan kemudian memberi isyarat kepada penjana daya untuk mencipta getaran yang meniru enjin ICE.

Dengan menyediakan isyarat bunyi dan getaran yang sepadan, Dodge berpendapat kesedaran pemandu dan keselamatan pejalan kaki boleh dipertingkatkan.

Makluman yang disesuaikan akan membolehkan profil getaran untuk amaran lane departure dan pemberitahuan pemandu, yang berpotensi meningkatkan keselamatan.

Walau bagaimanapun, Dodge bukan satu-satunya jenama yang bakal menggunakan sistem seperti itu, ke dalam kereta masa depannya.

Tahun lalu, BMW dilaporkan sedang mempertimbangkan maklum balas getaran untuk kotak gear EV model division M masa depannya.

 

SUMBER : Carscoops, InsideEVs

Berita Berkenaan

Berita Global
Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model…
Berita Global
Generasi ketiga Dodge Challenger itu mempunyai tempoh jangka hayat yang cukup panjang, bermula dari…
Berita Global
Terbaharu, sekumpulan pencuri berjaya memecah masuk sebuah pusat pengedar Dodge di Somerset,…