VIDEO: 'Gone in 60 Seconds' dalam dunia sebenar, enam Challenger Hellcat lesap!

oleh Mohamad Hanif|
Kes kecurian kereta-kereta berprestasi tinggi jenama Dodge semakin menjadi-jadi di Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, sekumpulan pencuri berjaya memecah masuk sebuah pusat pengedar Dodge di Somerset, Kentucy sebelum melarikan enam unit Dodge Challenger Hellcats dalam tempoh masa bawah satu minit!

 


Kejadian tersebut berlaku pada 28 Februari jam 2.00 pagi waktu tempatan, dan berdasarkan rakaman kamera CCTV, empat daripada penjenayah itu memasuki bilik pameran sementara dua orang lagi menunggu di luar.

Apa yang membuatkan kesemua enam kereta tersebut mudah dibawa lari ialah terdapat kunci yang diletakkan di dalam kenderaan, termasuk dua Hellcat yang diparkir di luar.
 

Challenger


Menurut pengurus pusat pengedar, Adam Bryant memberitahu laman WKYT, beliau percaya insiden itu melibatkan orang dalam yang arif akan sistem sekuriti bangunan itu berfungsi.

"Apabila sistem penggera dimatikan, ia memerlukan masa 60 saat untuk kembali berfungsi semula, dan mereka berjaya melarikan diri dalam masa 20 saat sebelum sistem penggera berbunyi semula.
 

Challenger


Sehingga 1 Mac, pihak berkuasa berjaya menemukan lima daripada enam Hellcat yang dibawa lari oleh penjenayah.

Dua daripadanya ditemukan di Kentucky, satu di Tennessee dan sebuah lagi di Alabama. Pihak polis percaya kereta yang hilang itu kini berada di kawasan sekitar Alabama.

Sumber: WKYT News

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Suspek ditahan pada 27 Disember lalu susulan laporan seorang pengadu yang mendakwa kehilangan…
Berita Domestik
Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri…
Berita Global
Siasatan polis mendapati remaja tersebut merupakan individu yang sama terlibat di dalam 39 kes…