Dodge Direct Connection kini jual casis gentian karbon Charger 1970!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara Speed Week yang menampilkan pelancaran model baharu SUV Dodge Hornet 2023, pengeluar tersebut kini meluaskan penawaran komponen berprestasi tinggi kepada para pelanggannya menerusi cabang Direct Connection.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di dalam katalog baharu itu, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis komponen yang diperbuat daripada gentian karbon termasuklah kit badan Speedkore, header American Racing untuk model Charger, Challenger dan Durango, pakej Drag Pak, serta kit body-in-white Challenger.
 

Challenger


Pakej Drag Pak Rolling Chassis membolehkan para pelumba membina sendiri jentera lumba mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh National Hot Rod Association (NHRA) dan National Muscle Car Association (NMCA).

Rolling chassis (tanpa sebarang panel badan) dijual pada harga bermula $89,999 (RM402,170) sementara kit body-in-white Dodge Challenger pula memerlukan tambahan kos $7,995 (RM35,727).
 

Challenger


Secara standard, pakej yang ditawarkan ini merangkumi pemasangan suspensi belakang four-link, penyerap hentak gegelung Drak Pak Bilstein, brek perlumbaan Strange Pro Series II, gandar belakang 9 inci Strange Engineering, rim beadlock Weld serta tayar drag Mickey Thompson.

Kelengkapan seperti trenkuasa, sistem pacuan serta sistem pengurusan enjin tidak disertakan bagi memberikan lebih kebebasan kepada pelanggan.
 

Dodge Charger


Paling menarik, untuk mereka yang mahu mewarisi keluarga Dominic Toretto yang terpantas di alam semesta, anda boleh mendapatkan casis badan gentian karbon untuk model klasik Dodge Charger 1970!

Dodge telah bekerjasama dengan Finale Speed untuk menawarkan badan gentian karbon penuh mengikut spesifikasi OEM dan lebih ringan berbanding model asal.

Selain daripada model Charger 1970, Dodge turut mengumumkan penawaran badan gentian karbon bagi model Plymouth Barracuda dan Road Runner yang boleh didapati pada masa akan datang.

Berita Berkenaan

Berita Global
Jelas sekali, apabila banyak keluaran model yang dielektrikan, ia seperti membina sebuah kereta…
Berita Global
Sifat platform yang sangat fleksibel ini membolehkan Stellantis menghasilkan pelbagai jenis model…
Berita Global
Generasi ketiga Dodge Challenger itu mempunyai tempoh jangka hayat yang cukup panjang, bermula dari…