EMPAT MANFAAT PROGRAM LOYAL-T YANG PATUT PEMILIK TOYOTA TAHU!

oleh Mohamad Hanif|
Terdapat pelbagai manfaat yang boleh dinikmati oleh para pelanggan Toyota pada hari ini.

Ini kerana, selain daripada barisan produk yang boleh dipercayai, Toyota Malaysia juga menawarkan manfaat bermula dari saat anda menerima kereta baharu untuk memastikan pengalaman pemilikan yang bebas masalah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk makluman, Toyota juga turut mempunyai program Loyal-T yang menjanjikan pelbagai manfaat dan ganjaran untuk para pelanggan Toyota.

Terdapat empat manfaat Loyal-T yang boleh dinikmati oleh para pelanggan Toyota, seperti berikut:

 

1. Beli kereta, dapat mata ganjaran!

vios


Setiap pembelian kereta baharu akan diberikan mata ganjaran berdasarkan kategori dan nilai harga kenderaan yang dibeli.

Bergantung kepada kategori dan nilai harga, anda boleh mengumpulkan mata ganjaran 1,500 hingga 7,500 mata untuk setiap pembelian kereta baharu Toyota!

 

2. Servis kereta, dapat mata ganjaran!

servis


Tahukah anda, servis kereta di Toyota juga membolehkan anda mengumpul mata ganjaran?

Menerusi program Loyal-T, setiap ringgit yang dibelanjakan semasa menjalani servis berkala membolehkan anda mengumpul satu poin mata ganjaran.

Beli alat ganti pun boleh dapat mata ganjaran, siapa yang tak nak?

 

3. Beli/perbaharui insurans, dapat mata ganjaran!

insurans


Perbaharui polisi insurans kenderaan dengan Toyota Loyal-T, dan 200 mata ganjaran akan dikreditkan untuk setiap polisi yang diperbaharui.

Tahukah anda, menerusi Toyota Insurance Package, anda boleh menikmati manfaat eksklusif lain seperti bantuan tepi jalan 24SEVEN percuma, kelulusan tuntutan dalam tempoh 24 jam, pembayaran tuntutan 100 peratus, serta tiada kos penambahbaikan untuk kenderaan berusia sehingga 12 tahun!

 

4. Hantar kereta untuk dicat baharu, pun dapat mata ganjaran!

toyota


Program mata ganjaran kesetiaan ini tidak tertakluk kepada perkara yang telah disebutkan di atas, anda juga sebenarnya boleh mendapat mata ganjaran tambahan apabila menghantar kereta untuk dibaik pulih di pusat badan dan cat Toyota.

Jadi, apa akan jadi dengan kesemua mata ganjaran yang telah terkumpul?

Program Loyal-T akan menukarkan mata ganjaran terkumpul itu menjadi e-voucher yang boleh digunakan pada masa akan datang.

Yang pasti, para pelanggan Toyota bakal menikmati ketenangan minda sepanjang tempoh pemilikan dengan perkhidmatan yang berkualiti serta dapat menikmati kesemua manfaat yang disebutkan tadi.
 

Toyota


Untuk mendaftar di bawah program Loyal-T ini mudah sahaja, anda perlu memuat turun aplikasi mudah alih Toyota Drive (Google Play Store atau Apple App Store).

Jadi, untuk menikmati ganjaran dan lebih nilai tambah ke dalam pengalaman pemilikan yang tiada tandingan, kami sarankan anda supaya segera berdaftar di bawah program Toyota Loyal-T.

Maklumat lanjut berkenaan program Loyal-T ini boleh didapati di laman web INI.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Toyota Motor North America (TMNA) mengumumkan penamaan pejabat Penyelidikan dan…
Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…