Antara promosi utama ialah model Nissan X-Trail Black Edition yang didatangkan dengan pakej pelbagai aksesori menarik, pakej itu termasuk jeriji, kit badan Tomei Aerokit berwarna hitam dan roda aloi 17 inci berwarna Gloss Black, bersama kemasan dalaman yang dibalut kulit di papan pemuka dan tempat duduk dibalut campuran kulit Nappa berwarna coklat.
Semua pakej bernilai RM10,500 itu hanya ditawarkan dengan tambahan RM1,000 sahaja, dimana pada bulan Februari juga model X-Trail ditawarkan dengan ansuran bulanan istimewa pada harga RM1,318.

Salah satu MPV popular di Malaysia, Nissan Serena turut tidak terlepas dalam tawaran promosi tersebut, ETCM menawarkan model Serena dengan rebat jualan cukai 100%.
Dengan tambahan RM1,000 juga, ia akan didatangkan dengan tempat duduk yang dibaluti kulit pada ketiga-tiga baris dan tinted Ice Cool Tinting.

Selain itu, model lain seperti trak pikap Navara dan Almera turut ditawarkan dengan pakej menarik pada harga tambahan RM1,000, dimana Navara ditawarkan dengan Protection Package dan Almera ditawarkan dengan kit badan Tomei Aero Package.
Untuk anda yang berminat dengan model-model Nissan sepanjang promosi diadakan, sila layari laman web Nissan Showroom untuk melihat secara atas talian atau hubungi Nissan Malaysia di talian 1800-88-3838.