Ferrari akui pembangunan Purosangue lebih kompleks berbanding SF90 Stradale!

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala pengeluar lain sudah pun menceburkan diri di dalam segmen SUV, Ferrari merupakan antara syarikat automotif yang masih lagi belum mempunyai produk SUV yang tersendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bukan tiada, akan tetapi Ferrari sedang berusaha untuk membangunkan SUV Purosangue seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, menjadikan satu-satunya model dengan jarak kelegaan tanah yang tinggi.

Namun, sebagai sebuah pengeluar yang sinonim dengan supercar dan hypercar, ternyata cabaran untuk menghasilkan sebuah SUV bukan calang-calang.

 

model 'ujian' bagi pembangunan SUV Purosangue


Dalam satu temubual yang dilakukan bersama Top Gear, Michale Leiters selaku ketua pegawai teknikal Ferrari mengakui pembangunan Purosangue ternyata lebih sukar dan "satu dimensi yang sangat berbeza" berbanding SF90 Stradale.

Leiters yang sebelum ini merupakan ketua pembangunan SUV Porsche seperti Cayenne dan Macan walaubagaimanapun tidak menjelaskan kesukaran yang dihadapi untuk Purosangue.

Sehingga kini, butiran lanjut berkenaan SUV Purosangue masih lagi samar-samar selain daripada informasi di mana Ferrari menggunakan GT4Lusso sebagai platform ujian awal bagi pembangunan SUV berkenaan, selain mensasarkan pengenalan rasminya pada tahun 2022.

Dengan adanya SUV baharu Purosangue ini, ia bakal meletakkan Ferrari sebaris dengan Lamborghini yang kini mempunyai Urus sebagai model SUV paling laris.

 


Sumber: Top Gear
Sumber gambar: Theophilus Chin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kali ini giliran Perodua dan Honda pula untuk berpeluh di dahi kerana Careta mendapat tahu bahawa…
Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…
Pelancaran
Rekabentuk gril bertemakan bintang dan planet Zuhal beserta "cincinnya" sementara roda aloi bersaiz…