Ford F-150 pemanduan kanan mula dipasang di Australia, daripada RM318 ribu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ford F-150
Ford F-150
Pada Mac 2022 Careta pernah laporkan tentang rancangan Ford untuk menawarkan F-150 pemanduan kanan di Australia.

Walaupun terkenal di Amerika Syarikat, F-150 hanya dijual di pasaran terpilih dan model pemanduan kanan diubah suai syarikat persendirian dan bukan dari Ford.

Sebagai contoh F-150 Raptor Sutton CS 3500 yang dijual di pasaran tempatan dibuat oleh Clive Sutton. Sebuah lagi syarikat ialah Autogroup International.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ford dan RMA Automotive

 

Jika sebelum ini pasaran sebelah kanan sukar mendapatkannya, kini tidak lagi selepas Ford Australia dan RMA Automotive sudah memulakan pemasangan di Melbourne.

Walaupun untuk pelanggan di Australia, penawaran itu satu permulaan bagus.

Tidak hanya sekadar menterbalikkan stereng, F-150 memerlukan 500 perkakasan dan penentukuran semula sistem utama bagi menyesuaikannya mengikut keperluan pasaran.

Di antaranya stereng, kawalan suhu, sistem pencahayaan, panel meter dan naik taraf perisian.

 

Ford F-150 2023 Australia

 

Dari segi kapasiti, kilang itu boleh menyiapkan sehingga 20 unit F-150 setiap hari menggunakan barisan pemasangan dengan 65 stesen individu.

Proses pengeluaran semula perkakasan memerlukan sekitar 22 jam bekerja selama tiga hari bagi setiap unit F-150. 

RMA Automotive mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam bidang kejuruteraan dan satu daripada pembekal kenderaan ubah suai utama dunia. 

Lebih 100,000 unit kenderaan yang diubah suai RMA telah diserahkan kepada pelanggan di serata dunia. 

 

Ford dan RMA Automotive

 

RMA memegang status sebagai Pengubahsuai Kenderaan Ford Berkelayakan dan kedua-dua syarikat telah menjalin kerjasama sejak 1997.

Untuk pasaran Australia, F-150 ditawarkan dalam varian XLT dan LARIAT F-150 dan digerakkan enjin 3.5L EcoBoost Turbo Berkembar V6.

Enjin itu dipadan bersama transmisi automatik sepuluh kelajuan dan berdasarkan versi luar negara menghasilkan 399 kuasa kuda (hp) dan tork 678Nm.

 

Ford F-150 2023 Australia

 

Berikut di antara perkakasan yang diubah dan dikeluarkan semula untuk F-150 pemanduan kanan:

  • Rasuk magnesium (cross car beam) baharu
  • Pendawaian elektrikal utama baharu (panel meter, enjin, badan, kerusi)
  • Rak stereng Ranger Raptor pemanduan kanan, set aci antara (intermediate shaft) baharu dan penalaan perisian stereng
  • Unit pengendalian kawalan suhu udara, saluran dan hos pemanas baharu
  • Lampu depan buatan semula
  • Cermin sisi 
  • Lengan dan bilah pengelap cermin baharu
  • Bar tunda baharu
Ford F-150 2023 Australia

 

Perkakasan dalaman yang diganti atau diubah suai:

  • Panel meter baharu termasuk bahagian atas panel dan riasan 
  • Set penukar gear pemanduan kanan dan riasan konsol
  • Set pedal brek dan saluran brek baharu
  • Karpert baharu dengan perehat kaki pemandu
  • Kerusi dan fungsi memori bahagian pemandu
  • Suis pintu
  • Perisian SYNC, gugusan meter, audio dan sistem kawalan suhu spesifikasi Australia
  • Modem untuk fungsi FordPass
Ford F-150 2023 Australia

 

Varian dan harga (MSRP) Ford F-150 Australia:

  • XLT SWB - $106,950 Dolar Australia (RM318,437)
  • XLT LWB - $107,945 Dolar Australia (RM321,400)
  • LARIAT SWB - $139,950 Dolar Australia (RM416,693)
  • LARIAT LWB - $140,945 Dolar Australia (RM419,656)

Ford telah membuka tempahan pada Februari lalu dan penyerahan kepada pelanggan dijadual pada November.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Ford F-150 2023 Australia

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di dalam keadaan standard, Ford F-150 dengan enjin 5.0 liter Coyote Ti-VCT V8 menghasilkan 400…
Berita Global
Sepanjang tahun 2022, lebih 640,000 unit Ford F-Series telah pun diedarkan kepada pemilik masing-…
Berita Global
Ini kerana menurut Ford, kesemua trak pikap yang terjejas itu mengalami risiko wayar kolum stereng…