Ford F-150 Police Responder 2021 khas untuk kejar penjenayah di lebuhraya!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada penawaran SUV Interceptor Utility, Expedition, Transit dan F-150 untuk kegunaan khas, Ford juga turut menawarkan sebuah trak pikap yang dihasilkan khusus untuk kegunaan peronda lebuh raya, Ford F-150 Police Responder 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibangunkan menggunakan asas F-150 SuperCrew, trak polis terbaharu ini menampilkan penggunaan enjin EcoBoost V6 3.5 liter yang menghasilkan 400 kuasa kuda dan 678 Nm yang dipadankan dengan transmisi yang turut dikalibrasi semula untuk memenuhi keperluan tugas-tugas mengejar penjenayah.

Selain daripada itu, Ford juga turut memasang tayar khas all-terrain Goodyear Wrangler Enforcer yang direka unik untuk mengendalikan pecutan pantas, kelajuan tinggi dan keupayaan mengambil selekoh tanpa mengorbankan keupayaan di laluan off-road.

 


Sebut pasal tugasan off-road, Ford F-150 Police Responder ini didatangkan dengan transfer case baharu dengan ciri torque-on-demand, mod 4-Auto, serta pakej FX4 Off-road yang merangkumi skid plate, LSD elektronik, penyerap hentak kegunaan off-road dan kawalan menurun cerun.

Selain daripada opsyen seperti Pro Trailer Backup Assist, Trailer Brake Controller, Trailer Reverse Guidance yang biasa terdapat pada model kegunaan awam, Ford F-150 Police Responder ini turut mendapat opsyen sistem Police Idle System yang membolehkan pemandu meninggalkan jentera seketika tanpa mengganggu sistem enjin, lampu dan siren beroperasi.

 


Ciri lain yang dimuatkan termasuklah sistem infotainmen lapan inci SYNC 4, skrin produktiviti empat inci pada kluster instrumen, serta ciri keselamatan seperti bantuan pra-pelanggaran, pengesan pejalan kaki, amaran pelanggaran hadapan, sistem informasi titik buta dan amaran lintasan trafik.

Tempat duduk hadapan pula dibaluti dengan fabrik tugas berat supaya mampu bertahan dengan tugas-tugas sebagai peronda lebuh raya.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di dalam keadaan standard, Ford F-150 dengan enjin 5.0 liter Coyote Ti-VCT V8 menghasilkan 400…
Berita Global
  Jika sebelum ini pasaran sebelah kanan sukar mendapatkannya, kini tidak lagi selepas Ford…
Berita Global
Sepanjang tahun 2022, lebih 640,000 unit Ford F-Series telah pun diedarkan kepada pemilik masing-…