Terutama di dalam era elektrifikasi yang sedang memuncak pada ketika ini.
Disebabkan itu, Ford membuat keputusan untuk terus mengekalkan penawaran enjin pembakaran dalaman tersebut pada model Mustang, dan tidak merancang untuk menghentikannya dalam masa terdekat.
Menurut pengarah global Ford Performance Motorsport, Mark Rushbrook menjelaskan, Ford akan terus membina nadi V8 “selama mungkin yang kami mampu”, dan menambah buat masa ini tidak menetapkan tarikh penghujung bagi enjin 8 silinder itu.
Sementara itu, pengarah jenama global Mustang Jim Owen turut mengulang kenyataan yang sama, dan menambah Ford masih lagi mahu terus mengekalkan kewujudan enjin tersebut untuk model-model akan datang.
Salah satu kemungkinan yang dapat mengekalkan enjin pembakaran dalaman terus relevan ialah penggunaan bahan api sintetik (e-fuel).
Buat masa ini, terdapat beberapa pengeluar yang sudah mula menjalankan kajian terhadap e-fuel termasuklah Porsche, Stellantis dan juga Bentley.
Penggunaan bahan api sintetik ini dapat mengurangkan pelepasan emisi ke udara tanpa perlu pengubahsuaian yang besar terhadap struktur enjin pembakaran dalaman sedia ada.
Selain daripada itu, Ford juga turut berharap model Mustang akan terus kekal menjadi pilihan di kalangan anak muda, memandangkan model tersebut tidak lagi perlu bersaing dengan model seperti Chevrolet Camaro dan Dodge Challenger yang bakal ditamatkan produksinya pada penghujung tahun ini.