Sistem Amaran Keluar ini akan memberikan amaran berbentuk audio dan visual akan kehadiran pengguna jalan raya termasuklah penunggang basikal, motosikal atau pejalan kaki yang datang dari arah belakang.
Ia akan menggunakan radar belakang untuk mengesan kehadiran pengguna jalan raya yang bergerak sekurang-kurangnya 6.4 km/j.
Sistem ini akan diaktifkan saat kenderaan diparkir, dan akan kekal aktif dalam tempoh tiga minit selepas enjin dimatikan.
Menurut Ford, sistem Amaran Keluar ini akan tersedia untuk Ford Mustang generasi terkini pada musim panas ini, melengkapi ciri sedia ada termasuklah Bantuan Pra-Pelanggaran, dan Brek Kecemasan Automatik.