Ford Mustang Dark Horse talaan Hennessey - kini cecah 850 hp, 884 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Ford Mustang generasi baharu (S650) telah pun selamat dilancarkan pada tahun lepas, di mana kereta sports pony itu boleh didapati dengan beberapa pilihan trenkuasa, termasuklah varian Dark Horse dengan nadi V8 berkuasa 500 hp dan 566 Nm.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Geng-geng yang gila kuasa sudah tentu boleh mendapatkan pakej H850 daripada firma talaan terkenal, Hennessey.

Untuk varian Dark Horse Mustang ini, Hennessey mampu meningkatkan angka output kepada 850 hp dan 884 Nm yang boleh dipadankan dengan transmisi manual Tremec enam kelajuan atau automatik 10 kelajuan Ford.
 

Darkhorse


Antara perubahan yang dibuat termasuklah memadankan unit pengecas lampau, penyuntik bahan api yang lebih berprestasi, sistem aruhan udara aliran tinggi, pam bahan api aliran tinggi dan perisian pengurusan enjin yang dikemas kini.

Selain itu, aspek kosmetik turut diserikan dengan padanan skirt sisi, splitter hadapan dan spoiler belakang - kesemuanya diperbuat daripada bahan gentian karbon, diikuti dengan rim tempa, grafik badan, serta emblem khas.

Hennessey tidak mengumumkan harga sebenar pakej H850 itu, namun setiap pembelian didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan 36,000 batu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Enjin yang ditawarkan untuk pelbagai varian Charger dan Challenger menghasilkan sehingga 807…
Berita Global
  Di dalam keadaan standard, Ford F-150 dengan enjin 5.0 liter Coyote Ti-VCT V8 menghasilkan 400…
Berita Global
  Revolution Roadster merupakan model keempat dalam siri Venom F5 dan setiap satu dibuat mengikut…