Menurut artikel yang diterbitkan oleh CarThrottle, terdapat desas desus yang menyatakan Ford bakal hadir dengan model Mustang empat pintu dan maklumat tersebut terdedah menerusi satu pertemuan di antara para pengedar di Amerika Utara.
Tidak banyak info lanjut yang diperoleh, namun apa yang boleh disimpulkan, model Mustang empat pintu tersebut bakal dibangunkan berasaskan casis Explorer dengan bantuan enjin bentangan V8 berkuasa turbo.
Tidak diketahui bagaimana jenama Ford bakal bersaing dengan jenama-jenama yang telah diketahui umum kekuatan mereka di dalam penghasilan kereta segmen tersebut, namun berdasarkan berita ini, Ford dikatakan sangat yakin dengan kepopularan Mustang di kalangan para peminatnya.
Bagaimana dengan pendapat anda?