Gambar rasmi SUV perdana Hyundai Palisade tertiris sebelum acara LA Autoshow

oleh Mohamad Hanif|
Belum pun sempat acara LA Autoshow bermula pada minggu hadapan, sebuah imej rasmi yang memaparkan SUV kelas perdana (flagship) daripada Hyundai sudah pun tertiris di laman web automotif Rusia, Auto Review.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan imej yang diterbitkan, SUV itu mempunyai tiga baris tempat duduk yang mampu memuatkan lapan orang penumpang dengan selesa, dengan beberapa elemen rekaan luaran yang dipinjam daripada model konsep HDC-2 Grandmaster dan juga Hyundai Santa Fe. 

SUV perdana ini bakal menampilkan penggunaan bahan yang premium, teknologi yang terkini dan ciri keselamatan yang menyeluruh dan pintar, serta keupayaan untuk memuatkan lapan orang dewasa dengan selesa di samping menawarkan ruang kargo yang besar. 
 


Tidak banyak maklumat lanjut berkenaan SUV ini yang dikatakan bakal berkongsi platform bersama model Kia Telluride yang bakal dipertontonkan kepada umum pada acara Detroit Auto Show tahun hadapan. 

Hyundai Palisade 2020 dijangka akan mula memasuki pasaran bermula musim panas.

Jika carian dibuat di laman Google, Palisade membawa maksud, pagar yang kukuh dibina daripada kayu atau besi, digunakan untuk melindungi sesuatu tempat atau penduduk. 

Nama yang sangat sesuai untuk SUV, tidak begitu? 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kali ini giliran Perodua dan Honda pula untuk berpeluh di dahi kerana Careta mendapat tahu bahawa…
Berita Global
Dalam erti kata lain, ia lebih banyak menghabiskan masa di pasaraya dan pusat membeli-belah dari…
Pelancaran
Rekabentuk gril bertemakan bintang dan planet Zuhal beserta "cincinnya" sementara roda aloi bersaiz…