Generasi baharu Subaru WRX STI mungkin akan menerima sentuhan Toyota

oleh Mohamad Hanif|
Kerjasama antara Subaru dan Toyota bukanlah perkara baharu di mana mereka sebelum ini bergabung tenaga bagi membangunkan sebuah kereta sports pacuan roda belakang mampu milik Toyota 86/Subaru BRZ, malah ia akan berterusan untuk generasi berikutnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun, menurut laporan daripada laman automotif Best Car Japan, kerjasama antara kedua pihak tersebut bakal diperluaskan kepada sebuah lagi model Subaru, iaitu sedan Impreza dan juga WRX STI. 

Model WRX STI yang dibangunkan berdasarkan pelantar Subaru Global Platform itu difahamkan akan menerima sistem pacuan semua roda (AWD) terbaik hasil daripada penglibatan Toyota di dalam WRC dan juga kepakaran Subaru itu sendiri. 
 


Walaupun Toyota kini aktif di dalam WRC, Subaru nampaknya tidak akan kembali ke arena sukan rali tersebut kerana 'abang besarnya' Toyota tidak mahu menampakkan persaingan terlalu rapat di peringkat global. 

Menurut Best Car lagi, keputusan gabungan kedua-dua jenama ini didorong oleh peningkatan pegangan Toyota ke atas saham Subaru daripada 16.83 kepada 20 peratus, baru-baru ini. 

Generasi baharu Subaru WRX STI berkemungkinan besar akan memunculkan diri lewat tahun 2021-2022.

Sumber: Best Car melalui Japanese Nostalgic Car
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan imej yang tertiris daripada kertas kerja yang diperoleh laman Drive, WRX TR (singkatan…
Berita Global
Animasi stail Initial D juga kerap kali digunakan oleh Toyota untuk mempromosikan kereta sports…
Berita Global
Ini kerana pengeluar tersebut sedang meneroka beberapa pilihan, dengan kemungkinan besar model…