Generasi ketiga GR86 mungkin tiba seawal 2025 - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Sama seperti pendekatan yang dilakukan pada model generasi pertama, generasi kedua Toyota 86 (atau nama rasminya Toyota GR86) masih lagi berkongsi platform dan enjin yang sama digunakan pada Subaru BRZ.

Walaupun baharu sahaja diperkenalkan pada tahun 2021, jangka hayat generasi kedua Toyota GR86 berkemungkinan besar lebih singkat daripada apa yang dijangkakan, berdasarkan laporan terbaharu daripada Autocar.

Menurut laman tersebut, Toyota GR86 generasi ketiga mungkin akan hadir seawal tahun 2025, atau dalam tempoh tiga tahun daripada sekarang disebabkan dua perkara.
 

GR86


Pertama, Toyota harus mengemaskini penawaran kereta sports pacuan roda belakang itu supaya dapat memenuhi piawaian emisi yang semakin ketat di Jepun.

Gergasi automotif itu percaya GR86 sedia ada mungkin agak sukar untuk dijual untuk tempoh beberapa tahun, dan ia seharusnya digantikan dengan model yang lebih cekap bahan api dengan menggunakan trenkuasa hibrid.
 

GR yarius


Bukan itu sahaja, sebelum ini terdapat laporan daripada Jepun di mana  GR86 generasi baharu akan menerima sistem trenkuasa hibrid berdasarkan nadi tiga silinder G16E-GTS yang digunakan pada hot hatch GR Yaris.

Sebab yang kedua lebih berkait rapat dengan aspek keselamatan GR86 itu sendiri.
 

GR86


Menurut Autocar, saiz cermin hadapan GR86 yang digunakan pada ketika ini didapati tidak sesuai dengan sistem keselamatan masa hadapan yang akan dilaksanakan secara mandatori di Eropah.

Ini kerana bermula seawal 2024, setiap kenderaan yang dijual di EU perlu mempunyai sistem kamera pengesanan lampu isyarat.

Selain daripada itu, kehadiran GR86 berkuasa hibrid elektrik juga sangat bertepatan dengan pelaksanaan piawaian Euro 7 yang lebih ketat menjelang tahun 2025.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Inspirasi Terus Dari AE86 Trueno Elemen paling mencuri tumpuan sudah tentu lampu pop-up halogen…
Berita Global
Naik Taraf Suspensi & Keupayaan Off-Road Pakej asas Kuhl Outroad menampilkan sistem suspensi…
Berita Global
  Di bahagian dalam, suasana hitam dibangkitkan dengan riasan kuning.  Kerusi sport dibalut …