GT86 camera car dari Malaysia!

oleh HEZERI SAMSURI|
Kereta kamera atau "camera car" sering digunakan di dalam produksi filem aksi dan juga dokumentari.

Ia penting bila pengarah mahukan aksi kejar-mengejar kenderaan dilakukan dalam kelajuan tinggi agar nampak lebih realistik.

Kereta kamera profesional akan datang dengan pemegang kamera atau "rig" yang membantu memastikan kamera tidak bergoyang banyak ketika penggambaran dilakukan.
rig camera

 

Lazimnya, kebanyakan syarikat produksi akan menggunakan trak pikap atau van untuk dijadikan kereta kamera.

Untuk penggambaran filem aksi terbaharu tempatan yang melibatkan aksi-aski motosikal rempit ditunggang pada kelajuan tinggi di laluan berliku, trak pikap atau van tidak menepati keperluan kerana kereta kamera perlu laju di selekoh-selekoh tajam.

 

 

FKX Film Sdn Bhd, sebuah syarikat produksi tempatan berjaya mengatasi masalah itu dengan menggunakan sebuah Toyota GT86 yang dipasang dengan rig lengkap di hadapan dan di belakang kereta sport itu.

Menurut pemilik kenderaan tersebut, Wan Mohd Zariff (juga dikenali sebagai Lyzard), beliau merasakan GT86 itu cukup stabil semasa mengambil selekoh dalam kelajuan tinggi.

Seorang pemandu profesional dan juga drifter, Lyzard memang lebih dari layak untuk memandu GT 86 camera car ini.

 

 

Rig yang direka khas itu diikat kemas ke dalam but GT86 untuk penggambaran dari belakang kereta.

Di hadapan, hud enjin dibuka untuk dipasang rig kamera.

Rig-rig itu mampu menampung berat kamera sehingga 25 kg.

 

 

Di bahagian dalam, tempat duduk penumpang dibuka untuk dipasang dengan monitor kamera.

Kos sewa ialah lebih kurang RM3,500 sehari, bergantung kepada pakej. Jika anda berminat dengan perkhidmatan mereka, hubungi Lyzard di 010-5241411.

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Dipercayai dibina berdasarkan model konsep Daihatsu DN-Trec Concept yang dipamerkan di dalam…
Berita Global
  Di Amerika Syarikat, sedan ini memang popular dan Toyota turut memposisikannya sebagai model …
Berita Global
Purata masa pemilikan kenderaan untuk 10 model teratas adalah dari 9.7 tahun sehingga ke 11.4 tahun…