Pesawat ES-19 direka untuk membawa penumpang sebanyak 19 orang pada satu-satu masa, dengan jarak penerbangan maksimum sekitar 400 km.
Menurut Heart Aerospace, teknologi motor elektrik yang digunakan adalah 20 kali jauh lebih murah berbanding enjin turboprop bersaiz serupa, selain menawarkan kos penyelenggaraan 100 kali lebih murah.
Ia juga mampu berlepas di atas landasan sependek 750 meter untuk penerbangan jarak dekat ke lokasi yang sukar untuk diakses oleh kenderaan biasa, seperti pergunungan serta kepulauan.
Setakat ini, ia masih lagi di dalam peringkat konsep, namun Heart Aerospace telah berjaya menarik minat pelabur besar seperti Breakthrough Energy Ventures, Mesa Airlines, dan United Airlines yang dikatakan berminat untuk membeli 100 unit untuk kegunaan komersial.
Heart Aerospace mensasarkan rekaan akhir pesawat ES-19 diperlihatkan pada tahun 2023, melaksanakan ujian penerbangan pertama kalinya pada suku pertama 2024 serta memperoleh kelulusan penerbangan pada tahun 2026 sebelum memasuki perkhidmatan sebenar pada tahun yang sama.