HONDA CITY HATCHBACK 2024 RASMI DI THAILAND, TAMBAHAN VARIAN BAHARU e:HEV SV

oleh Firdaus Razani|
Baru-baru ini Honda Thailand telah melancarkan model City Hatchback yang telah dikemaskini ataupun melakukan minor change untuk pasaran mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti keluaran sebelum ini, ia masih mengekalkan enjin 1.0 liter turbo dan juga versi hibrid, e:HEV tetapi ada tambahan pilihan varian baharu iaitu varian e:HEV SV.

Dari segi spesifikasi enjin, sama seperti model sebelum ini, ia didatangkan dengan enjin P10A6, 1.0 liter tiga silinder sebaris berkuasa turbo dengan 122 PS dan 173 Nm yang dipadankan dengan transmisi CVT tujuh nisbah kelajuan.

 

city hatchback

 

Bagi versi hibrid, e:HEV, ia mengabungkan enjin LEB8, 1.5 liter empat silinder berkuasa maksimum 98 PS dan 127 Nm bersama motor elektrik yang dikuasakan dengan bateri Litium-ion menghasilkan kuasa maksimum sehigga 109 PS dan 253 Nm.

 

city hatchback

 

Untuk versi 1.0 Turbo, bahagian reka bentuk luaran varian SV dan RS menerima perubahan pada reka bentuk bampar hadapan dan belakang.

 

city hatchback

 

Selain itu, ciri sistem keselamatan Honda SENSING turut ditambah, dan reka bentuk dalaman turut diperbaharui dengan skrin makluman pemanduan TFT 4.2 inci serta mendapat sistem sambungan tanpa wayar Apple CarPlay pada infotainmen.

 

city hatchback

 

Perbezaan yang dilakukan untuk dua varian ini adalah, untuk varian RS, ia menerima tempat duduk kulit dan kulit sintetik, untuk model sebelum ini ia mengunakan kulit sintetik dan suede.

 

city hatchback

 

Manakala bagi versi e:HEV, sama seperti versi 1.0 liter, varian SV dan RS menerima perubahan pada reka bentuk luaran iaitu, reka bentuk bampar hadapan dan juga belakang.

Selain itu, turut ditambah dengan sistem untuk mengekalkan kelajuan mengikut kenderaan di hadapan pada kelajuan rendah LSF (Low Speed ​​​​Following).

 

city hatchback

 

Kedua-dua varian itu turut menerima ciri tambahan seperti menghidupkan kereta menggunakan kunci kawalan jauh dan mengunci kereta secara automatik apabila berjalan keluar dari kereta.

Perbezaan yang antara dua varian ini adalah, model RS akan menerima bumbung atas berwarna hitam.

 

city hatchback

 

Untuk pilihan warna, bagi model 1.0 Turbo, terdapat enam pilihan warna iaitu Taffeta White, Platinum White Pearl, Sonic Grey Pearl, Meteoroid Grey Metallic, Crystal Black Pearl dan Ignite Red Metallic.

Manakala bagi versi hibrid, e:HEV, turut mendapat enam pilihan warna iaitu, Platinum White Pearl, Sonic Grey Pearl, Meteoroid Grey Metallic, Crystal Black Pearl, Ignite Red Metallic dan Brilliant Sporty Blue.

Terdapat warna yang perlu ditambah dengan harga lain iaitu Platinum White Pearl (tambah 10,000 baht bersamaan RM1,300), Sonic Grey Pearl  dan Crystal Black Pearl (tambah 6,000 baht bersamaan RM800)

Harga jualan bagi City Hatchback Minor change terbaharu ini di Thailand adalah seperti berikut;

Versi 1.0 Turbo

City 1.0 Turbo Hatchback S+ : 599,000 baht (RM79,700)

City 1.0 Turbo Hatchback SV : 679,000 baht (RM90,400)

City 1.0 Turbo Hatchback RS : 749,000 baht (RM99,800)

 

Versi e:HEV

City e:HEV Hatchback SV : 729,000 baht (RM97,000)

City e:HEV Hatchback RS : 799,000 baht (RM106,400)

 

SUMBER : Headlightmag

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
City Hatchback kini kekal sebagai salah satu model hatchback terlaris dalam segmen Bukan Nasional…
Berita Domestik
  HMSB turut memberi kenyataan bahawa mereka juga berjaya menerima lebih 105,000 tempahan dari…
Berita Domestik
Kempen panggil semula ini merupakan salah satu daripada langkah keselamatan berjaga-jaga yang…