Hyundai Tarlac - gambaran trak pikap Hyundai daripada platform ladder frame

oleh Mohamad Hanif|
Umum telah pun mengetahui Hyundai kini sedang mempersiapkan diri untuk menyertai segmen trak pikap menerusi model Hyundai Santa Cruz berdasarkan gambar spyshot bertempat di Eropah beberapa bulan yang lalu.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Namun, ia merupakan sebuah trak pikap dengan binaan badan unibodi - sama seperti Honda Ridgeline - dan bukannya berdasarkan rangka ladder frame seperti kebanyakan model trak pikap di pasaran.

Jadi, bagaimana rupa trak pikap Kimchi sekiranya Hyundai mahu beralih arah kepada kerangka ladder frame?

 


Seorang pereka Enoch Gabriel Gonzales telah menerbitkan beberapa keping imej yang memaparkan gambar maya trak pikap Hyundai Tarlac yang dibangunkan berdasarkan rangka ladder frame.

Nama Tarlac diperoleh berdasarkan sebuah lokasi yang terletak di wilayah Central Luzon, Filipina dengan membawakan rekaan klasik trak pikap berkerangka ladder frame namun dengan bahasa rekaan Hyundai terkini.

 


Ia boleh dilihat menerusi penampilan garis badan di bahagian sisi, serta muka hadapan yang diinspirasikan daripada Santa Fe dan Palisade.

Secara asasnya, rekaan tersebut tidak lari jauh berbanding model-model trak pikap yang ada di pasaran seperti Triton, Hilux dan Ranger.

 


Jadi, yang mana satu pilihan anda?

Trak pikap unibodi Hyundai Santa Cruz yang lebih stailo sesuai dengan gaya hidup atau trak pikap Hyundai Tarlac tradisional dengan kerangka ladder frame?

Sumber: Behance

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, siasatan awal mendapati Toyota Hilux tersebut dipercayai telah melanggar belakang…
Berita Domestik
Menurutnya, kumpulan sindiket berkenaan berfungsi secara terancang dan terlatih, malah mereka…
Pelancaran
Untuk pasaran Malaysia, 2 varian akan ditawarkan iaitu T9 Diesel dan T9 EV, menjadikannya sebagai…