Inovasi keselamatan Volvo kukuhkan industri automotif tempatan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Volvo, selaku jenama yang sememangnya sinonim dengan keselamatan merupakan antara pelopor terawal untuk mengukuhkan industri automotif negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sedekad selepas kita memperoleh kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka mengukuhkan debut industrinya ke pentas dunia.

Ianya termasuk sebuah polisi automotif bagi mempercepatkan industrialisasi kebangsaan melalui kenderaan pemasangan tempatan dan pembuatan komponen automobil.

Volvo Car Manufacturing Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Swedish Motor Assemblies Sdn. Bhd.) antara yang pertama bertindak balas terhadap panggilan kerajaan Malaysia untuk perpindahan teknologi, pembangunan kemahiran tempatan dan pelaburan asing.

 

2

 

Volvo kemudiannya telah menjadi jenama antarabangsa pertama yang membangunkan kilang pemasangan automotif di Malaysia, yang terletak di tengah-tengah Shah Alam.

Terpahat sebagai sebahagian sejarah, pada Mac 1967 Volvo 144 telah menjadi model pertama yang dipasang di kilang pemasangan Volvo di Shah Alam.

Memahat satu lagi detik bersejarah, kilang Volvo di Shah Alam itu merupakan kilang pemasangan luar Sweden yang pertama dalam sejarah.

Berkongsi sejarah panjang bersama Malaysia, pengeluaran Volvo 144 disusuli beberapa model lain yang lengkap menampilkan inovasi keselamatannya termasuk tali pinggang keledar 3-poin, direka oleh jurutera Volvo iaitu Nils Bohlin.

 

3

 

Keselamatan lebih utama, Volvo tidak mempatenkan inovasi tersebut, malahan menggalakkan jenama automotif lain untuk menggunakan rekaan tali pinggang keledar 3-poin itu pada model kereta masing-masing.

Selain rekaan tali pinggang keledar 3-poin itu, Volvo telah menjadi peneraju bagi kebanyakan ciri dan bantuan keselamatan, seperti Sistem Informasi Titik Buta (BLIS) yang menjadi penanda aras bagi semua kereta moden masa kini.

Meneruskan legasi sejarahnya, pada tahun 2016, Volvo Car Malaysia merupakan jenama kereta mewah pertama yang memperkenalkan kenderaan hibrid plug-in (PHEV) pemasangan tempatan melalui model Volvo XC90 Recharge.

 

5

 

Ketika itu juga, Malaysia merupakan satu-satunya negara selain Sweden yang menghasilkan pemasangan tempatan model Volvo XC90 Recharge.

Pada tahun 2022, Volvo Car Malaysia sekali lagi mencipta sejarah melalui pelancaran EV pemasangan tempatan (CKD) pertama di Malaysia, iaitu Volvo XC40 Recharge Pure Electric.

Sempena 57 tahun Volvo bertapak di Malaysia, Volvo Car Malaysia bakal menawarkan promosi untuk kedua-dua rangkaian BEV dan hibrid semasa Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai  promosi dan rangkaian model Volvo, sila layari laman web Volvo Car Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km,…
Berita Domestik
Kemaskini baharu tersebut bakal disertakan untuk model yang dihasilkan bermula pada bulan September…
Informasi
Bukan sahaja dengan trenkuasa yang tidak mencemarkan alam sekitar, malah mereka juga komited untuk…