Volvo C40 2024 dikemaskini, nisbah AWD baharu, jarak gerak 550 km, dari RM289k

oleh Mohamad Hanif|
Volvo Car Malaysia baharu sahaja mengemaskini spesifikasi crossover kompak berkuasa elektrik Volvo C40 2024 yang kini menawarkan jarak gerak yang lebih jauh.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km, terima kasih kepada penggunaan pek bateri baharu berkapasiti 82 kWh dibantu dengan input pengecasan DC maksimum 200 kW.

Dengan keupayaan terbaharu itu, Volvo C40 boleh dicas dari 10 hingga 80 peratus hanya dalam tempoh masa 27 minit sahaja.
 

C40


Selain itu, Volvo C40 2024 dibekalkan dengan dua motor elektrik, di mana output motor gandar depan kini berkuasa 157 hp manakala motor gandar belakang pula berkuasa 245 hp, menjadikan kuasa keseluruhan masih lagi kekal 402 hp.

Perubahan terbaharu itu menekankan penghantaran kuasa yang lebih kepada gandar belakang untuk pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan, berbanding nisbah terdahulu 50:50.

Antara ciri lain termasuklah:
- lampu hadapan piksel LED dengan penderia kawalan kecerahan pencahayaan
- roda aloi baharu aerodinamik bersaiz 19 inci
- pilihan warna baharu Vapour Grey
- warna sedia ada Onyx Black, Crystal White, Fjord Blue, Sage Green
- akses kepada Google Assistant, Google Maps, Google Play Store dan fungsi kawalan jauh aplikasi Volvo Cars selama lima tahun
 

C40


Harga jualan Volvo C40 2024 masih lagi kekal tidak berubah, bermula dari RM288,888.

Tempahan boleh dibuat menerusi laman web INI, di mana bermula sekarang sehingga 31 Mac 2024 Volvo Car Malaysia menawarkan rebat RM10,000 untuk setiap tempahan Volvo C40 2024 menerusi dalam talian.
 

C40


Dalam kemaskini terbaharu ini, Volvo Car Malaysia nampaknya masih lagi belum menggunakan format nama baharu yang diperkenalkan beberapa hari lepas.

Untuk pasaran global Volvo C40 dan XC40 EV kini dikenali dengan nama baharu Volvo EC40 dan Volvo EX40, di mana akhiran 'Recharge' telah digugurkan daripada nama rasmi.

Baca: Volvo ubah nama C40, XC40 jadi EC40 & EX40

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kemaskini baharu tersebut bakal disertakan untuk model yang dihasilkan bermula pada bulan September…
Berita Domestik
Sedekad selepas kita memperoleh kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka mengukuhkan debut…
Informasi
Bukan sahaja dengan trenkuasa yang tidak mencemarkan alam sekitar, malah mereka juga komited untuk…