Volvo kemaskini senarai jualan model PHEV untuk pasaran Malaysia

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Volvo Car Malaysia telah mengumumkan pengemaskinian dan perubahan dalam rangkaian kenderaan elektrik hibrid plug-in baharu untuk tahun 2024, iaitu Volvo XC90, XC60, S90, S60 dan V60.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemaskini baharu tersebut bakal disertakan untuk model yang dihasilkan bermula pada bulan September, selaras dengan visi Volvo ke arah elektrifikasi.

 

2

 

Antara cari utama yang akan dikemaskini umtuk rangkaian model PHEV Volvo 2024 ialah:

  • Pengecas bersepadu (OBC) 6.4 kW 2 fasa bagi semua model baharu PHEV.
  • Perkhidmatan Digital percuma selama lima tahun termasuk akses kepada Google Assistant, Google Maps, Google Play Store dan fungsi kawalan jauh bagi aplikasi Volvo Cars untuk semua model baharu.
  • Pilihan warna baharu, Vapour Grey untuk semua model sebagai tambahan kepada warna sedia ada iaitu Onyx Black, Crystal White, Denim Blue dan Platinum Grey.
  • Bumbung kaca panoramik standard bagi semua model.
  • Reka bentuk rim baharu untuk Volvo S90 Recharge, Volvo V60 Recharge dan Volvo S60 Recharge.
  • Tambahan aplikasi YouTube kepada sistem infotainment Google built-in.

Terus menerajui dalam aspek keselamatan, kesemua model untuk tahun 2024 dilengkapi dengan rangkaian ciri keselamatan Volvo yang ekstensif, seperti Cross Traffic Alert, Blind Spot Information System (BLIS), Lane Keeping Aid, dan Collision Avoidance & Mitigation serta Steering Support and Braking.

 

3

 

Model-model Volvo terdahulu yang layak menggunakan sistem infotainment Google terbina juga akan menerima aplikasi YouTube melalui kemaskini perisian secara over-the-air (OTA), yang kini turut membolehkan pengecasan berjadual menerusi app Volvo Cars.

Kesemua model yang dikemaskini telah mula berada di pasaran pada September ini, di mana pelanggan yang berminat untuk melihat dan memandu uji model PHEV Volvo boleh melayari laman web Volvo Car Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Berbanding model C40 yang terdahulu, C40 2024 berupaya untuk bergerak sejauh sehingga 550 km,…
Berita Domestik
Sedekad selepas kita memperoleh kemerdekaan, Malaysia ketika itu dalam rangka mengukuhkan debut…
Informasi
Bukan sahaja dengan trenkuasa yang tidak mencemarkan alam sekitar, malah mereka juga komited untuk…