Isi masa lapang hujung minggu dengan aktiviti mewarna GR Supra, Alphard, dan banyak lagi!

oleh Mohamad Hanif|
Penulis yakin, ramai di antara kita yang masih lagi mempunyai semangat Hari Raya Aidilfitri dan hujung minggu kali ini sudah pasti anda mempunyai senarai rumah terbuka yang ingin dituju.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk mereka yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak yang kecil, masa yang terluang itu sebenarnya boleh digunakan untuk merapatkan lagi hubungan yang terjalin dan dalam masa yang sama mengasah skil motor anak masing-masing.

Salah satu aktiviti yang boleh dibuat adalah dengan mewarna barisan model-model kereta klasik dan moden daripada Toyota.
 

Raize


Terdapat pelbagai jenis model Toyota yang disediakan menerusi satu laman khas, membolehkan ibu bapa memilih 'projek' yang dirasakan bersesuaian dengan jiwa 'petrolhead' mereka seperti GR Supra atau sekadar memilih model bertemakan keluarga seperti Sienta dan Alphard.

Selain itu, terdapat juga pilihan kereta-kereta klasik Toyota seperti 2000GT, 1600GT, TE27 Levin, Celica GT-Four dan Land Cruiser 40 Series.
 

86


Bagi mereka yang mahukan sedikit cabaran, terdapat juga seksyen Paper Craft disediakan, terdiri daripada model Land Cruiser, Toyota 86, Toyota Bonnet Bus, Celica Liftback 2000GT dan Corolla KE10.

Isi masa lapang hujung minggu bersama keluarga anda dengan melayari laman web Toyota di SINI.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…