JAECOO Malaysia bawakan slogan jenama “Daripada Klasik, Kini Melangkaui Klasik”

oleh Mohamad Hanif|
JAECOO merupakan antara jenama baharu kenderaan off-road premium dari China yang bakal bertapak di pasaran Malaysia pada tahun hadapan.

Dengan membawakan falsafah jenama “Daripada Klasik, Kini Melangkaui Klasik”, JAECOO merupakan satu entiti berasingan yang memiliki posisi unik untuk menarik minat golongan profesional moden yang ingin mencari kenderaan gaya hidup yang serba boleh.
 

j7


Model pertama yang bakal tiba ialah JAECOO J7, sebuah SUV dengan penggayaan dan elemen rekaan luaran moden yang selari dengan slogan jenama yang dibawakan.

JAECOO J7 turut membawakan pelbagai teknologi pintar, seperti contoh cip pemprosesan 7 nm Qualcomm 8155 dengan kuasa perkomputeran yang responsif dan mampu memproses lebih dari 20 arahan dalam masa 30 saat, dan kokpit pintar yang terdiri daripada skrin panorama 14.8 inci, skrin kluster digital dan paparan head-up (W-HUD) yang inovatif.
 

J7


Sesuai dengan sifatnya sebagai sebuah kenderaan off-road, JAECOO J7 turut menampilkan Sistem Pemanduan Pintar Semua Jalan (ARDIS), kelengkapan ADAS terkini, serta tidak ketinggalan kerangka keluli berkekuatan tinggi yang dapat memberikan perlindungan menyeluruh kepada pemandu dan penumpang.

Lebih banyak informasi berkenaan JAECOO J7 bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi model pertama jenama itu pada tahun depan.

Galeri: JAECOO J7 2023 @ Wuhu, China

Baca: Dua unit terawal JAECOO J7 AWD mendarat di Malaysia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Peminat SUV lasak premium itu boleh mendaftarkan minat di roadshow JAECOO Premier Experience yang…
Berita Domestik
SUV J7, yang kini dipamerkan pada orang ramai di bilik pameran, melambangkan semangat pengembaraan…
Berita Domestik
Kini, jenama itu sedia untuk meluaskan kehadirannya di pasaran pemanduan sebelah kanan global…